Qay memutuskan untuk keluar makan tengahari awal sebaik
sahaja ternampak kelibat Hadi berjalan di hadapan biliknya. Dia nampak Hadi
memandang kepadanya seolah-olah memberitahu yang dia akan menanti Qay di bawah.
Cepat-cepat dia bangun untuk mengejar langkah lelaki itu. sebelum itu sempat
juga dia menempek sedikit make-up. Saja nak mengambil hati Hadi.
Ketika di lif Qay hanya sendirian. Kebanyakan kakitangan
masih sibuk dengan kerja mereka masing-masing. Sebaik sahaja lif terbuka Qay
terus keluar. Namun tiba-tiba seorang lelaki yang muncul dari tepi lif itu
melanggarnya. Akibatnya dia hampir rebah oleh terjahan keras itu. Serentak itu
juga tubuhnya disambut seseorang..
“Maaf..” suara garau lelaki itu menerpa gegendang
telinganya. Qay menoleh mencari wajah si pemilik suara setelah dia dilepaskan.
Namun saat terpandang wajah si lelaki lidahnya kelu tiba-tiba. Ucapan itu tidak
tersambut dan bola matanya tidak terkalih daripada tatapan mata lelaki itu. Renungan
cukup dalam daripada mata bening si lelaki membuatkan darahnya menderu laju.
Mak ai.. hensemnya mamat mat salih ni. Siapa dia ni?
bisik hati Qay sendiri. Lebih terkejut lelaki itu bercakap bahasa Melayu pula
dengannya. Walaupun kedengaran pelat mat salihnya. Bolehlah.. asalkan faham
sudah!
“I am sorry..”
Lelaki itu berbahasa inggeris pula dengannya. Dia tersenyum sedikit kepada Qay
yang masih tercengang memandang wajahnya.
“Takpe..” Qay memejam mata seketika. Apa kena dengan aku
ni? bisik hatinya sendiri. Dia mengusap dahinya seketika sambil menghela nafas
sendiri. Kau tu bini orang, Qay.. ingat sikit! Ada suara bergema mengingatkan
dirinya.
“You okay ke?” suara macho tadi kedengaran lagi menegur
Qay.
“Okay.. okay..”
tergagap-gagap Qay menjawab. Mahu sahaja dia memandang lagi. Tapi dia tidak
sanggup! Bimbang apa yang dirasainya tadi kembali lagi.
“You cantik..” luah lelaki itu tiba-tiba membuatkan Qay
menoleh pantas kepada lelaki itu. Kering liurnya dirasakan apabila
terpandangkan renungan dalam dan senyum santai lelaki itu. Alahai..
menggodanya!
“I kena pergi sekarang,” ucap Qay sedikit kalut. Dia
tersenyum hambar kepada lelaki itu. Serentak itu dia berjalan menjauhi lelaki
itu.
“Maaf, I nak bertanya sesuatu.” Lelaki itu memangkah
langkah Qay lagi.
“Apa dia?” Qay memandang lagi wajah tampan yang entah apa
namanya itu.
Lelaki itu mula mendekati Qay. Renungan terus melekat di
wajah Qay yang kelihatan cuak entah kenapa. “I am looking for someone here. My name is Zayn Mikhael.” Lelaki
berwajah lelaki barat dan berambut keperangan itu menghulurkan tangannya kepada
Qay.
Qay menyambutnya agak lambat. “Siapa yang you cari?” soal
Qay.
“Qaira Syahreena. You kenal dia?”
Tersentak Qay dengan nama yang disebut oleh lelaki itu.
Ada apa lelaki ini mencarinya? Setahunya dia tidak kenal lelaki ini. Nama itu
cukup asing baginya. “Then who are you?”
soal Qay tanpa menjawab kepada lelaki itu. dia sudah terlupa Hadi sedang
menantinya.
“Err.. I’m coming
from Tashkent. I’ve met Mr. Muhammed Farouqe before. And now he ask me to meet
the lady about my proposal. You kenal siapa Qaira Syahreena? Di mana I
boleh cari dia?” jawab Zayn lembut sambil meletakkan tangannya ke dada. Lagak budimannya
jelas kelihatan dari tutur lembut dan gayanya.
“Proposal apa?”
“This proposal..”
lelaki itu membuka begnya dan sebuah dokumen tebal siap berbinding di hulurkan
kepada Qay.
Kening Qay berkerut sedikit kepada lelaki itu. Dia ni
Melayu ke apa? Sekejap cakap Melayu. Sekejap lagi speaking pulak. Muka dahlah
sebijik macam mat salih. Qay terus memandang dokumen di tangan Zayn itu. “I tak
tahu langsung pasal ni,” ucap Qay sambil menyambut dokumen yang dihulur oleh Zayn
Mikhael.
“Err.. I am sorry
if it sound so rude to you. Are you Malaysian?” ucap Qay lagi.
“No. I am not,
Malaysian..” Zayn semakin melebarkan senyumannya kepada Qay.
“Then
what about the Malay language a while ago? ucap Qay semakin keliru pula dengan lelaki ini.
“Oh!
I’ve been here about 19 years. My family is here. Tapi kami masih lagi rakyat Turki walaupun sebenarnya I
cintakan negara ni. I have a lots of
freind here. I can speak Malay too..”
Zayn Mihkael sekadar menerangkan serba ringkas tentang dirinya. Dia terus
tersenyum ramah kepada Qay.
Qay mengangguk sedikit sambil membuka fail itu. Apa yang
tertera di atas dokumen itu dibacanya. Namun semakin lama semakin lebat kerutan
di kening hitamnya. Apa yang tertera di dalam dokumen semakin dibacanya dengan
teliti. Lama mereka berdua membisu di kawasan itu. Zayn Mikhael turut ralik
merenung wajah yang sedikit menunduk di hadapannya itu.
“This
proposal has nothing to do with my company. Why are you here?” komen Qay sambil memandang semula lelaki itu.
Kali ini Zayn pula memandang Qay dengan kerutan di
kening. “Jadi you adalah..”
“Qaira Syahreena..” sambut Qay pantas.
Jawapan Qay membuatkan lelaki di hadapannya itu ketawa
seketika. Spontan dia menggaru pipinya. “So
you’re the lady that I’m looking for..” komen Zayn dengan senyum manisnya.
“Ini semua tentang pembinaan paip saluran minyak bawah
tanah di Tashkent. Syarikat ni bukan tentang itu. You dah salah orang. You should meet my father. Not me!” ucap Qay memandang lagi proposal itu sekilas.
“Tapi Tuan Farouqe yang minta I cari you,” ucap Zayn
pula.
“What for?”
sekali lagi Qay keliru dengan lelaki itu.
“To
ask your opinion...”
“What
opinion?” Qay menggeleng
sedikit tanda semakin kusut dengan tujuan lelaki itu mencarinya.
“Lama lagi ke Qay??” terjahan suara sedikit keras itu
menyentak perbualan sepasang manusia itu. Qay terus menoleh ke belakang. Hadi
berdiri sambil bercekak pinggang di hadapan pintu masuk ke ruangan lobi itu.
Qay kembali teringat janjinya dengan Hadi. Sungguh dia terlupa sekejap tadi
yang Hadi sedang menunggunya. Masaklah aku.. keluh hatinya saat terpandangkan wajah
bengang suaminya itu.
Qay pantas menoleh kepada Zayn Mikhael. Dia harus pergi
segera.
“Kim adam? (siapa
lelaki itu)” tiba-tiba lelaki itu berbahasa Turki pula dengannya.
Terkedu seketika Qay dengan kerutan di kening. Macaman lelaki
ini tahu yang dia mampu berbahasa Turki? “O
benim kocam.” Qay menjawab yang Hadi adalah suaminya.
Zayn Mikhael mengangguk dengan seri wajah yang menyurut
sedikit. “O çok şanslı.(Dia sangat
bertuah)” jawabnya sambil bola matanya mula tertumpu kepada seorang lagi lelaki
mula mengorak langkah untuk mendekati mereka.
Qay hanya tersenyum hambar. Bertuah ke aku? bisik hatinya
sendiri. “You need to go now!” ucap
Qay sebelum Hadi tiba di sisinya. Dia tidak merasa memperkenalkan Zayn adalah
satu langkah yang wajar dalam keadaan mood Hadi sedang begitu.
Lelaki bermana Zayn Mikhael itu sekadar mengangguk dengan
sedikit senyuman. “I’ll come back later,”
ucap Zayn lantas berlalu ke arah pintu.
Hadi memandang lelaki itu yang tergesa-gesa pergi dengan
pandangan tajam. Turun naik dadanya menahan geram. Dia menunggu di dalam
kereta. Qay sedap saja berborak di situ. Kemudian dia mula memandang Qay. “Came back later?” ucapnya penuh tanda
tanya. Melihat senyuman lelaki itu, dadanya seperti mahu meletuskan periuk api!
“Dia ada hal. Dia kena pergi.”
“Kenapa bila aku datang aja, dia terus pergi? Apa yang
rahsia sangat kau dengan dia tu?” tempelak Hadi semakin tidak tertahan. Marak rasa
api di dalam dirinya melihat lelaki itu cukup biadap tidak mahu bertegur sapa
dengannya.
“Apa abang mengarut ni? Kan Qay dah cakap dia ada hal..”
tekan Qay sudah tidak sanggup melihat kemarahan di wajah suaminya itu.
“Nak pergi ke tak? Ke dah kenyang berborak dengan jantan
lain?” tempelak Hadi semakin geram.
“Naklah..”
“Habis tu? Aku ni bukannya bos boleh keluar lunch berjam-jam
sesuka hati. Kau bos, bolehlah buat macam tu!” bentak Hadi meninggi. Terus dia
berpaling dan kembali ke tempat dia memakir kereta.
Dek geram punya pasal.. Qay sempat mengangkat tangan seolah-olah
mahu mengetuk kepala suaminya itu. Tapi sayangnya dia hanya berani buat di
belakang. Masuk ke dalam kereta matanya terus menyantap wajah kelat suaminya
itu. Masih tak surut marah Hadi. Sebaik sahaja dia menutup pintu Hadi terus
menggerakkan kereta berlalu dari situ.
“Janganlah marah..” pujuk Qay lantas paha lelaki itu
disentuhnya. Tubuhnya dipalingkan menghadap Hadi.
Hadi mendegus tanpa memandang. Namun usapan perempuan itu
tidak juga ditolaknya. Macam suka pulak rasanya. Kalau tolak dialah yang rugi.
“Abang ni tak letih ke asyik marah-marah dengan Qay?”
keluh Qay sebal dengan muka masam suaminya itu. Senyuman Hadi dirasakan terlalu
mahal untuk didapatinya.
Hadi menoleh memandang isterinya itu. Nakal tangan
isterinya membuatkan dadanya mula berdegup kencang. Teringat semula dia kepada keindahan
semalam. Hei! Salah hemat ni aku makan dia ni kang.. keluh hati Hadi.
“Senyumlah sikit,” pinta Qay manja. Telinga Hadi pula
diusiknya.
“Janganlah! Geli!” getus lelaki itu cuba mengelak. Hampir
sahaja dia mahu ketawa. Namun sedaya upaya ditahannya juga.
“Hujung minggu ni abang buat apa? Qay nak bawak Inas
jalan-jalan. Abang join sekali ya?” ucap Qay lembut.
“Aku kena balik kampung,” jawab Hadi perlahan.
“Minggu lepaskan dah balik?” balas Qay pula.
Hadi menoleh dengan sorotan tajam. “Balik banyak kali pun
apa masalahnya?”
Qay mendengus sendiri dengan jawapan Hadi. “Yelah..
tunang kat sana tu pun nak kena tengok jugakkan? Apalah yang ada pada Qay ni
kalau nak dibandingkan Suria yang pandai ambil hati mak abang?” perlinya geram.
Hadi terus terdiam dikenakan Qay. Tidak pernah dia
mendengar Qay menyebut tentang itu selama ini. Entah kenapa hilang kepetahannya
menjawab semula kepada Qay.
“So bila nak kahwinnya?” perli Qay lagi. Matanya
dihalakan ke hadapan dalam pada menahan sakit hati mengenangkan itu.
“Tak tau lagi..” jawab Hadi agak perlahan.
Qay mencebik sendiri menahan rasa geram memikirkan
saingannya itu. Tak habis-habis nak berebut dengan aku. Sengal punya Suria! Macam
dah takde lelaki lain dalam dunia. Laki aku jugak yang dia nak! Kutuknya dalam
hati.
Hadi mula menoleh apabila melihat Qay hanya bungkam di
sebelahnya. Tiba-tiba dia merasa sedikit kekosongan setelah melihat wanita itu
mula menjauhkan diri. Namun dia juga ikut membisu seolah-olah tiada apa yang
hendak dibualkan. Dalam pada dia berfikir sendiri dia teringat semula kepada lelaki
yang ditemuinya tadi.
“Siapa lelaki tadi tu?” soal Hadi membelah kebisuan
mereka.
“Klien papa..”
“So apa dia nak cari kau tadi?”
“Tak tahu..”
Hadi menoleh. Tak tahu? Jadi selama-lama dia menanti
tadi, apa yang Qay tahu tentang lelaki itu? Atau pun sebenarnya Qay tidak mahu
berterus terang dengannya? “Jadi apa yang kau borakkan lama-lama dengan jantan
tu? Bapak kau hantar jantan tu suruh dia ganti tempat aku?” ucap Hadi mula
menajamkan nadanya.
Qay menghela nafas sendiri. Ketegangan yang dicipta Hadi
antara mereka memang cukup-cukup meletihkan perasaannya. “Berhenti kat depan
tu..” ucap Qay.
Hadi menoleh lagi. “Berhenti?” soal Hadi.
“Stop this car! I
don’t need all of this from you. Kalau abang setakat nak jadikan Qay tempat
untuk abang lepaskan kemarahan dan dendam abang. It’s done here! I’m tired about your anger,” ucap Qay nekad. Tidak tertahan
lagi hatinya mendengar cemuhan Hadi kepada papanya.
“What
do you mean?” Hadi meneguk
liurnya tiba-tiba.
Qay tergelak sinis. “Abang tak boleh luangkan masa dengan
Qay. Fine! Qay kena faham abang ada
tunang di kampung. Tunang abang lebih penting berbanding Qay dan masa yang
harus abang luangkan dengan Inas. Tapi tak adil abang tuduh papa Qay macam tu
sedangkan Qay sendiri pun belum tahu apa tujuan lelaki tadi tu jumpa Qay. Semuanya
tergantung kat situ! Apa yang Qay pasti.. It’s
nothing personal about the man, abang. Yang personal sekarang adalah dendam
abang yang tak pernah habis pada keluarga Qay! Abang ingat Qay ni takde
perasaan ke? Papa tak pernah cuba pisahkan kita selama ni walaupun dia tak suka
abang. Tak pernah! And please stop being
so stupidlah, abang! Abang memang tak pernah faham Qay selama ni.” Meledak
kemarahan Qay serta merta.
“Habis tu kau nak kata maklah yang buat kita sampai jadi
macam ni?”
“Mak abang bencikan Qay! Abang sedar ke tak? Siapa Qay ni
dengan mak abang? Layak ke Qay bencikan mak mertua Qay sendiri? Abang pernah
nampak Qay melawan mak abang ke? Tanya adik beradik abang.. pergi tanya ayah
abang! Pernah ke Qay melawan mak abang selama ini? Qay dah tak tahan! Semua kesalahan
tu abang letakkan atas bahu Qay.” Qay meninggikan suaranya menentang kekerasan
Hadi. Saat ini dadanya sudah penuh! Air matanya sedang menunggu masa untuk
gugur.
Kali ini Hadi terus terdiam. Matanya tajam memandang ke
hadapan memikirkan kata-kata Qay itu.
Qay menggeleng perlahan. “Stop this car, please!”
“Tengah highway ni. Bahaya!” degus Hadi mula resah dengan
kemahuan wanita itu.
“Why
would you care! Stop now!”
bentak Qay sudah tidak tertahan.
“Qay..” Hadi mula panik melihat isterinya tiba-tiba mahu
membuka pintu kereta itu. Sepantas kilat dia memegang tangan isterinya. “What are you doing?” tengking Hadi
akibat panik. Kereta mula diperlahankan dan dia membuat pertukaran lorong.
Qay akhirnya menangis di kerusinya. Tangan Hadi
ditepisnya. Hadi pula terus memberhetikan kereta apabila ternampak ruang yang
sesuai untuk dia berhenti. Sebaik sahaja kereta itu berhenti Qay terus membuka
pintu. Namun belum sempat dia keluar lengannya pantas ditarik Hadi.
“Qay..”
“Lepaslah!!”
“Janganlah macam ni..” tekan Hadi sudah tidak senang hati
melihat isterinya nekad begitu. Lengan isterinya dipegang kuat bimbang
isterinya keluar dari kereta dalam keadaan jalan raya sedang bertali arus
begitu.
Tidak berdaya melawan kekuatan Hadi, Qay akhirnya
tersandar di kerusi. Air matanya gugur lagi ke pipi. Hadi pula bungkam di sisi
Qay memikirkan apa yang berlaku sebentar tadi. Ada yang tidak kena dilihatnya
kepada Qay saat melihat wanita itu nekad mahu terjun dari kereta sebentar tadi.
“Kita pergi makan ya?” pujuk Hadi mula melembutkan
nadanya.
Qay hanya diam tidak menjawab mahu pun memandang Hadi.
“Qay, kita pergi makan ya?”
“Qay nak balik!” tegas Qay tidak melayan pujukan Hadi.
Hadi mengeluh lagi. “Qay, abang memang sayangkan Qay. Tapi
kita..” Hadi terdiam tidak mampu meneruskan bicara. Berkali-kali nafas dihela
untuk meredakan apa yang sedang menghujam dadanya ini. “Banyak halangannya,
Qay. Abang tak sanggup melawan cakap mak lagi.”
“Qay cuma perlukan sikit perhatian daripada abang. Qay
tahu mak abang nak abang kahwin dengan Suria. Qay tak pernah kata yang Qay tak
izinkan. Qay hanya minta sikit ruang dalam hidup abang. Salah ke Qay ni, bang?
Dulu sebelum abang kahwin dengan Qay, abang janji nak pujuk mak abang. Tapi kenapa
Qay yang kena tanggung semua ni? Qay dah cuba yang terbaik, bang. Tapi Qay yang
tak pernah diterima!” balas Qay lalu memandang suaminya itu.
Hadi tersandar sambil memicit dahinya. Kata-kata Qay membuatkan
dia keliru sendiri. Siapa yang tak boleh terima siapa selama ini? Puas berdiam
diri Hadi memandang isterinya. “Kita pergi tempat lain?” ucap Hadi lembut.
“Ke mana?”
Hadi diam tidak menjawab. Kereta terus digerakkan pergi.
Pedulilah dengan semua masalah yang ada! Saat ini dia hanya mahu mengikut kata
hatinya pula. Itu sahaja!