Ahad, 23 Jun 2013

Bab 16- Mahligai Seribu Mimpi


Lukman memandang sekeliling buat kesekian kalinya. Dengan sedikit perasaan cemas dia mencari sekiranya ada kelibat orang di sekelilingnya. Kawasan itu sunyi sekali dan agak gelap. Saat itu dia yakin tiada siapa yang melihat kehadirannya di situ. Dengan hati-hati dia memanjat pintu pagar di hadapannya untuk masuk ke kawasan rumah itu sambil bola matanya terus meliar memerhatikan sekeliling.
Setelah berada di dalam kawasan halaman rumah itu Lukman mengatur langkah pantas untuk mendekati pintu rumah itu. Buat seketika dia mengintai ke dalam melalui kaca cermin tingkap di tepi pintu utama itu namun gagal melihat apa-apa kerana kaca itu berwarna gelap. Buat seketika Lukman bungkam di situ memikirkan cara untuk masuk ke rumah itu.
Nak kena bagi salam ke? Nanti dia menjerit pulak, ucap hatinya sendiri. Buat seketika Lukman tergaru-garu sendiri memikirkan cara untuk masuk ke dalam rumah itu. Keinginan yang semakin sukar dibendung membuatkan dia nekad datang  ke situ biarpun dia sedar risiko perbuatannya itu terlalu besar. Ah! Dia sudah tidak peduli! Apa yang dia tahu dia hanya mahukan Laila.
Gagal menemukan apa-apa peluang di situ akhirnya Lukman bergerak senyap ke bahagian belakang rumah. Mujur juga rumah itu merupakan rumah ‘corner lot’. Senanglah kerjanya kerana tidak banyak mata memandang. Jiran bersebelahan rumah Laila juga kelihatan seperti tiada rumah malam ini. Rumah itu gelap gelita. Kawasan sekeliling yang kebanyakannya dihuni oleh penduduk bukan berbangsa Melayu membuatkan urusannya semakin mudah.
Tiba di pintu belakang Lukman membuka cermin tingkap yang kelihatan sedikit renggang. Rupanya tingkap itu renggang kerana tidak boleh dikunci dari dalam akibat selak yang sudah patah. Lukman menghembuskan nafas kelegaan. Kerjanya kian mudah. Sekejap sahaja tingkap itu sudah terbuka luas di hadapan matanya.

Lukman cuba mengintai ke dalam ruangan dapur. Lampu yang terpasang di ruangan tengah rumah membuatkan Lukman percaya yang rumah itu masih ada penghuninya. Ruangan dapur itu walaupun tidak dinyalakan lampu namun masih boleh dilihat dengan jelas dengan dibantu oleh cahaya dari lampu tengah rumah dan juga lampu dapur jiran belakang rumah itu.
Tidak perlu lama, mata Lukman yang peka segera terpandangkan segugus kunci yang tergantung di dinding tidak jauh dari tingkap tempat dia mengintai. Dia sempat tersengih sendiri. Dia cukup tahu apa yang perlu dibuat untuk mendapatkan kunci itu. Buat seketika Lukman menjauhkan diri dari tingkap itu. Matanya meliar memerhatikan sekeliling tempat dia berdiri, mencari sesuatu yang boleh digunakan untuk mencapai kunci yang tergantung terlalu hampir dengan tingkap itu.
Beberapa saat dia memandang matanya terpandangkan sesuatu yang tersangkut di ampaian yang difikirkan amat berguna kepadanya. Penyangkut baju jenis dawai dicapainya lalu dileraikan ikatannya. Dawai itu diluruskan sebelum membuat bentuk ‘J’ pada hujung penyangkut baju itu. Dengan menggunakan dawai itu akhirnya dengan mudah segugus kunci itu didapatinya.
Setelah kunci itu berada di tangannya Lukman segera mencuba satu persatu kunci itu untuk membuka pintu besi yang menjadi penghalang utama untuk dia masuk ke dalam rumah. Kunci yang terakhir di tangannya itu berjaya dipulas menandakan pintu itu sudah terbuka. Apabila kesemua pintu berjaya dibukanya hati Lukman terus bergema sorakan gembira.
Dalam pada itu hati lelaki itu sempat memuji kebodohan Laila kerana membiarkan kunci pintu dapur tersangkut berhampiran dengan tingkap yang tidak boleh dikunci. Tetapi kalau Laila tidak sebodoh itu tidak dapatlah dia merasa masuk ke rumah ini dengan mudah. Tidak sampai sepuluh saat kemudian ruangan dapur itu terbentang luas di hadapan mata Lukman. Dia tersenyum menang meraikan pencapaiannya.
Tak sangka pandai jugak aku pecah masuk rumah orang, bisik hati Lukman sendiri dalam pada matanya memerhatikan persekitaran dapur yang cukup kemas itu.
“Tunggu sayang. Aku datang!” ucap Lukman sendiri sambil tersenyum.
Seketika kemudian Lukman mengunci semula pintu itu tanpa segan silu seolah-olah rumah itu sudah menjadi rumahnya. Kemudian kunci itu disangkutkan semula ditempat yang sama. Kakinya berjalan perlahan untuk mencari sasarannya. Daripada pemerhatiannya saat itu rumah teres setingkat itu terdapat tiga bilik. Berdekatan dengan dapur terdapat satu bilik dan dua lagi di hadapan.
Lukman asyik seketika menyaksikan keadaan rumah yang cukup kemas dan berbau harum. Sesuai benar dengan pemiliknya yang sudah membuatkan dia tidak tidur lena semenjak kebelakangan ini. Lukman sempat merasa kagum dengan keperibadian perempuan ini. Berbeza jauh jika dibandingkan dengan Mastura dan juga beberapa perempuan yang pernah didampinginya selama ini. Tanpa orang gaji rumah ini tetap kelihatan kemas sempurna.
Langkah pertama, Lukman memeriksa bilik yang berada di bahagian tengah rumah itu. Bilik itu kosong tanpa penghuni biarpun lengkap dengan set bilik tidurnya. Lukman yakin sasarannya sedang berada di bilik yang lagi satu. Dengan debaran yang menggunung Lukman memandang seketika pintu bilik yang tertutup rapat. Seketika kemudian dia memegang tombol pintu itu. Dia benar-benar berharap agar pintu itu tidak berkunci. Akhirnya dengan sekali pulas pintu bilik itu terbuka sedikit.
Tersentak juga Lukman seketika. Tidak menyangka segala urusannya jadi semudah ini. Akhirnya Lukman menjengukkan kepalanya masuk ke dalam bilik. Bilik itu lengang tanpa sesiapa namun dia tahu inilah bilik Laila berdasarkan barang-barang yang terdapat dalam bilik itu.
Lukman masuk senyap-senyap ke dalam untuk melihat keadaan bilik itu. Namun ketika dia berada di tengah bilik itu dia terdengar seperti bunyi air dicurah ke lantai dari dalam bilik air yang terdapat dalam bilik itu. Lukman melekapkan telinganya ke pintu bilik air. Dia tersenyum lebar kerana dia yakin wanita itu rupanya sedang mandi.
Lukman sempat berfikir sendiri. Dia yakin Laila tidak ada melaporkan kejadian dua hari lepas kepada pihak berkuasa. Walaupun diakui dia agak cemas apabila ternampak kelibat anggota polis dimana-mana. Bimbang anggota polis itu sedang memburu dirinya. Tetapi setelah dua hari berlalu tiada sesiapa datang mencarinya biarpun dia tidak pernah melarikan diri ke mana-mana.
Sedang Lukman termanggu sendiri di hadapan pintu bilik air itu tiba-tiba bunyi air tadi lenyap. Sepantas kilat dia menyembunyikan dirinya ditepi almari. Dalam keberanian yang ada dadanya tetap berdegup kencang. Dia tahu kehadirannya ini tidak mendapat restu penghuni rumah ini. Dia tahu dia tidak akan disambut dengan senyum manis.
Tidak sampai lima minit dia menyorok akhirnya pintu bilik air dibuka dari dalam. Kelibat Laila yang hanya berkemban tuala separas paha terhias bebas di hadapan mata. Dalam persembunyiannya itu matanya tidak mampu berkelip memandang Laila. Keadaan itu semakin melonjakkan keinginan lelakinya yang kehausan. Kulit putih mulus itu membuatkan air liurnya kecur seolah-olah tidak sabar lagi mahu menunaikan hajat. Dia tidak tahu mengapa, kecantikan wanita ini telah membuatkan dia hilang kewarasan sedangkan di luar sana dia mampu mendapatkan sesiapa sahaja yang dimahukannya dengan mudah.
Laila yang baru keluar dari bilik air terpaku seketika apabila terhidu bau minyak wangi yang tidak pernah dimilikinya. Bau itu membuatkan dia segera teringat kepada kejadian dua malam yang lalu. Rasa trauma yang masih ada membuatkan akalnya pantas mentafsirkan sesuatu yang buruk. Spontan itu Laila terus meluru ke meja soleknya untuk mencapai telefon bimbitnya. Apa yang terlintas di fikirannya hanya satu. Dia mahu segera menelefon polis. Namun belum sempat dia mencapai telefon itu tubuhnya terus direnggut kuat dari belakang. Mulutnya ditekup pantas dan dia segera dibawa jauh dari telefon itu.
Tindakan Lukman ternyata lebih pantas berbanding Laila kerana dia sudah lama bersedia dan dia tahu apa yang mahu dilakukan Laila. “Jangan cuba! Kalau tak aku patahkan leher kau,” ugut Lukman dalam bisikan di telinga wanita itu.
Laila sempat meronta dalam pada dirinya sudah tercungap cemas. Tangan Lukman cuba dilepaskan dari mulutnya namun gagal. Kekuatan lelaki itu bukan tandingannya. Sementelah dia sendiri sedar rontaannya itu dengan mudah membuatkan tuala yang membaluti tubuhnya itu tertanggal.
“Kau tak dengar apa ku cakap tadi? Kau nak mati cepat ya??” bentak Lukman agak keras di telinga Laila.
Laila menggeleng seketika. Namun ugutan Lukman berjaya membuatkan dia berhenti meronta. Dadanya terus turun naik akibat ketakutan. Apa yang berlaku dua hari lalu terimbas lagi di ruang fikirannya. Dia tahu Lukman datang untuk mengulangi perbuatannya yang dulu.
“Bagus! Sekarang aku nak kau layan aku macam sebelum ni.” Lukman berbisik dekat di telinga Laila. “Kau pun baru lepas mandi. Memang saat yang sangat tepat, Laila.” Tambah Lukman lagi. Haruman ditubuh Laila sempat dinikmatinya dalam-dalam. Bau itu amat disukainya, membuatkan dia khayal terpesona sendiri.
“Aku memang suka bau ni. Kau buat aku tak boleh tidur lena. Aku asyik teringat-ingatkan kau, Laila. Kau layan aku malam ni, gambar bogel kau akan selamat..” umpan Lukman semakin berani.
Laila yang tidak dapat berbicara hanya mampu menggeleng bersama lelehan air mata. Permintaan Lukman kedengaran teramat mudah sedangkan itulah yang tidak dapat dilakukannya.
“Boleh! Dengan aku kau mesti boleh. Kau hak aku sekarang. Aku akan buat apa yang aku suka. Tapi ingat! Aku tak suka kau layan jantan lain terutama sekali si tua Nazim tu. Kau hak aku seorang!” ucap Lukman keras.
Tanpa menanti lagi tubuh Laila terhumban di katil dengan sekali tolakan dari Lukman. Hampir tertanggal tualanya namun Laila pantas menyelamatkan tubuhnya dari terus terdedah di hadapan lelaki itu.
“Lukman, jangan buat aku macam ni. Tolonglah!” rayu Laila cuba menepis tangan Lukman yang sudah mencapai kedua-dua belah tangannya. Dia hanya mampu menangis.
Namun Lukman langsung tidak peduli kepada rayuan itu. Tubuh Laila terus dihempapnya bagi menghalang wanita itu dari melarikan diri atau meronta.
“Lukman!!!” jerit Laila sambil menangis.
“Diam! Jangan bising aku kata!” jerkah Lukman kasar.
“Kenapa kau buat aku macam ni ha? Kau ni binatang!!!” jerit Laila tetap tidak peduli dengan jerkahan Lukman. Apa yang dia tahu dia mahu menyelamatkan dirinya dari menjadi mangsa kerakusan lelaki itu.
Akibat jeritan itu pipi Laila ditampar kuat oleh Lukman tanpa belas kasihan. Terteleng wanita itu akibat kekasaran Lukman. Serta merta jeritannya lenyap berganti dengan tangisan sayu. Kesakitan yang dirasainya membuatkan kepalanya terasa pening. Laila terdiam tidak berdaya.
“Aku kata diam! Kalau kau bagi kerjasama takdelah aku pukul kau macam ni tapi kau ni degil! Aku ajak baik-baik tapi kau nak juga aku buat cara kasar macam ni,” bentak Lukman kepada Laila yang sudah menutup wajahnya dengan kedua-dua belah tangannya. Wanita itu hanya mampu menangis tersedu-sedu. Tidak berani lagi melawan kata-kata Lukman. Mungkin takut pipinya ditampar lagi.
Perlahan Lukman menarik tangan Laila dari menutupi wajahnya. Namun entah kenapa saat matanya ditadahkan dengan kepiluan di wajah wanita itu, juga kesan darah di hujung bibir Laila dia disapa oleh rasa simpati pula. Lama dia memandang Laila yang menangis teresak-esak. Teringat dia pesanan Dr Rajesh. Kekasarannya boleh mengakibatkan sesuatu yang tidak dijangka berlaku. Dia tidaklah sekejam itu.
“Laila, aku minta maaf. Aku tak berniat nak berkasar macam ni,” ucap Lukman entah kenapa. Raut jelita itu dielusnya lembut dan pipi wanita itu dikucupnya lama. Suatu masa dahulu wajah ini pernah dipuja dalam tidurnya. Tetapi hari ini menyakiti wanita ini hanya kerana dendam apabila cintanya tidak disambut.
“Aku janji kita akan kahwin. Sekali ni aja, sayang. Tolong bagi aku kesempatan tu. Aku betul-betul nakkan kau. Aku janji aku takkan berkasar lagi macam malam tu.” Lukman membisikkan pujukan lembut dan manis itu buat Laila. Kerelaan Laila ditagihnya. Dia bukanlah psikopat yang suka mendera perempuan untuk memenuhi keinginan lelakinya.
“Kalau kau kasihankan aku jangan buat aku macam ni, Lukman. Apa perasaan kau kalau ahli keluarga kau yang diperlakukan macam ni? Aku manusia, Lukman! Tolonglah jangan buat aku macam binatang! Lepaskan aku!” dengan kekuatan yang tidak seberapa Laila merayu kepada lelaki itu agar dirinya dilepaskan.
“Aku memang nak lepaskan kau. Tapi macamana aku nak lepaskan kau dalam keadaan macam ni? Aku lelaki, Laila. Aku tak mampu nak kawal nafsu bila aku ingat apa yang berlaku dua malam lepas. Maafkan aku. Aku takkan sakitkan kau kalau kau tak melawan lagi macam tadi. Aku janji kita akan kahwin lepas ni! Aku memang sukakan kau sungguh-sungguh. Aku janji aku akan bertanggungjawab pada kau,” bisik Lukman lemah akibat sudah dikawal rasa berahi. Kepalanya ditundukkan mahu menjamah bibir Laila namun Laila pantas mengelak.
“Aku takkan izinkan! Kau jangan mimpi aku akan menyerah pada lelaki macam kau biar apapun yang kau nak buat pada aku lepas ni! Aku tak nak kahwin dengan kau, setan!” cemuh Laila kasar. Kata-kata Lukman tidak mampu memujuknya sebaliknya semakin menjijikkan.
Lukman masih sempat tersenyum biarpun sebentar tadi dia kecewa kerana tidak dapat menyentuh bahagian yang amat disukainya pada Laila. “Aku dah pun dapat kau samaada kau sudi atau tidak. Dr Rajesh ada beritahu aku yang kau sebenarnya masih suci sebelum aku sentuh kau. Aku tahu aku lelaki pertama yang sentuh kau. Aku memang bertuah. Lebih bertuah dari bekas laki kau yang dah lama reput dalam kubur tu! Aku bukannya dapat sisa orang tapi kau percaya atau tidak, hakikatnya dia memang tinggalkan kau untuk jadi habuan aku!”
“Kau ni memang syaitan!!!!” jerit Laila serentak itu tangannya dilayangkan ke wajah Lukman. Namun tangannya sempat dihalang oleh lengan lelaki itu. Sekali lagi Laila tewas kepada kekuatan Lukman.
“Aku takkan lepaskan kau selagi aku tak betul-betul puas! Takde perempuan yang pernah menolak aku sebelum ini!” ucap Lukman penuh dendam kesumatnya. Tubuh Laila dirangkulnya biarpun wanita itu berhempas pulas menolak dirinya. Seperti mana yang pertama kali, buat kali ini juga Lukman tidak bermasalah untuk memiliki Laila semahunya.

Pagi itu..
“Berambus kau dari rumah aku!!!!!” jerit Laila lantang. Botol minyak wangi yang terdapat di atas meja solek dilemparnya kepada Lukman. Tetapi dengan mudah lelaki itu menyambut objek yang dibaling Laila dengan tangannya.
“Okay! Aku pergi. Tapi ingat! Malam tadi rahsia kita berdua. Kalau kau bagitahu sesiapa aku sebarkan gambar bogel kau! Ayah kau akan menjadi orang pertama tengok gambar kau tu nanti. Ingat tu baik-baik sebelum kau terfikir nak buat apa-apa pada aku!” ucap Lukman langsung tidak gentar dengan kemarahan Laila.
“Aku doakan hidup kau sengsara lepas ni, Lukman! Jantan sial macam kau tak layak untuk mana-mana perempuan pun! Kau aniaya aku dalam keadaan aku macam ni, takpe! Allah melihat segalanya. Tuhan akan membuat perhitungan untuk aku suatu hari nanti. Hari ni kau menang tapi suatu hari nanti kau jangan melutut di hujung kaki aku untuk sebuah kemaafan. Aku takkan maafkan perbuatan kau ni sampai mati, binatang!”
Lukman hanya menjungkit bahu sambil mengenakan pakaiannya semula. Matanya hanya memandang selamba Laila yang masih menangis akibat perbuatannya. Apa yang dia tahu dia benar-benar gembira kali ini. Tidak susah untuk menawan Laila rupanya. Sepanjang malam wanita itu digauli seolah-olah wanita itu adalah isterinya tanpa dapat dihalang Laila.
“Ini nombor telefon aku. Kalau kau terasa mahu lagi macam semalam telefon aja. Aku akan lekas-lekas datang untuk kau!” ucap Lukman sambil mencampakkan kad namanya ke atas katil. Seketika kemudian dia ketawa gembira. Dia berlalu tanpa memandang Laila lagi.

Laila menangis semahu-mahunya mengenangkan keadaan dirinya. Sudah lebih tiga minggu dia tidak datang berkerja. Selepas apa yang berlaku dia sememangnya sudah tiada hati lagi untuk itu semua. Hidupnya terasa sudah musnah. Tiada gunanya lagi tawaran kerja yang hebat. Tiada gunanya lagi gaji yang tinggi. Dia sudah tidak berminat lagi. Dalam keadaan dirinya yang kotor oleh noda ini dia tidak mampu lagi menyekat kebinatangan Lukman kepadanya. Dia tidak tahu ke mana harus dia pergi untuk melarikan diri daripada kebuasan nafsu lelaki itu. Lukman datang dan pergi sesuka hatinya seolah dia adalah perempuan simpanan lelaki itu.
Ugutan Lukman sentiasa bermain-main di fikirannya. Dia ingin mendapatkan keadilan untuk dirinya tetapi ugutan demi ugutan Lukman sering melemahkannya. Dia takut Lukman mengapa-apakan keluarganya. Dia takut gambar dirinya dan Lukman tersebar di internet. Dia amat takut!
Selama tiga minggu ini dia hanya berkurung di dalam rumah. Meratapi nasib malang yang menimpa dirinya. Tanpa dapat menghalang dia hanya mampu menadah dirinya kepada perbuatan laknat Lukman.
Laila menangis lagi. Dugaan ini amat berat dirasakannya. Tidak pernah dia termimpi akan menjadi mangsa rogol. Selama ini dia terlalu berhati-hati tetapi apa yang paling dielakkan itulah juga yang terjadi. Laila kesal. Jika dia mengikut Puan Maznah malam itu mungkin perkara ini tidak akan terjadi.
“Abang, kenapa abang tinggalkan Laila? Kalau abang ada dengan Laila hidup Laila takkan jadi macam ni!” Laila merintih dalam tangisannya.
Dalam kerapuhan hati dia sering teringatkan Arwah Nahij. Seumur hidupnya selama perkenalannya dengan Nahij, Nahij tidak pernah memperlakukan dirinya seperti itu. Malahan Nahij amat menjaga batas mereka sehinggalah mereka akhirnya terpisah. Nahij tidak pernah menyentuhnya selama ini. Nahij tidak pernah mengambil kesempatan kepada ikatan pernikahan mereka walaupun mereka sudah dihalalkan bersama. Nahij mahu menanti sehingga mereka sama-sama bersedia untuk melayari hidup bersama. Tetapi segalanya punah. Lelaki yang menyentuhnya bukan Nahij tetapi Lukman. Amat malang sekali dirinya diambil oleh lelaki bukan suaminya dengan cara yang kejam.
Malam itu Laila tergamam seketika apabila melihat kunjungan Puan Maznah dan suaminya, Encik Abdullah. Dia tidak sangka sama sekali Puan Maznah begitu mengambil berat akan dirinya sehingga sanggup datang ke rumahnya semata-mata kerana mahu melihat keadaannya.
“Kenapa tak datang berkerja, Laila? Ada masalah ke?” soal Puan Maznah lembut saat mereka hanya berdua sahaja di dapur. Puan Maznah dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan Laila. Walaupun cuba diselindungkan namun dia dapat melihat ada sesuatu yang sedang ditanggung oleh wanita itu.
“Saya okay. Saya cuma tak berapa sihat.” Laila cuba berdalih. Namun getaran dalam suaranya tidak dapat ditahan.
“Tak berapa sihat? Habis tu awak dah ke klinik ke?” soal Puan Maznah masih tidak berpuas hati. Wajah Laila memang sedikit pucat dilihatnya.
“Kalau tak sihat kenapa tak ke klinik?” apabila Laila tidak menjawab soalannya Puan Maznah bertanya lagi.
Laila hanya menggeleng. Sesungguhnya dia tidak tahu apa jawapan yang harus diberikan kepada wanita yang amat baik hati ini. Dia terharu dengan perhatian wanita ini tetapi bukan semua perkara dapat dikongsikan dengan wanita ini.
“Muka awak pucat. Awak nampak macam ada masalah aja. Beritahulah saya kalau awak ada masalah. Saya tahu mesti ada yang tak kena ni. Kalau tak takkan awak tak datang kerja sampai tiga minggu. Langsung tak telefon pulak tu. Ini bukan sikap sebenar awak,” ucap Puan Maznah masih mempertahankan apa yang disangkakannya.
“Takde apa, Puan Maznah. Saya hanya tak sihat aja. Saya selalu sangat demam sekarang ni. Tak tahulah kenapa. Mungkin sebab cuaca panas sekarang.” Laila cuba berdalih lagi. Sesungguhnya dia tidak mahu sesiapa tahu apa yang telah menimpanya. Dia takut Lukman benar-benar mengotakan kata-katanya.
“Takpelah. Jadi awak tak mahu balik berkerja lagi? Awak masih ada dua minggu notis dengan syarikat.” Puan Maznah terpaksa akur apabila Laila tetap enggan juga membuka rahsianya. Dia sedar desakan bukanlah cara yang terbaik dalam keadaan Laila begini.
Laila berdiam lagi. Dia tidak mahu ke sana lagi tetapi dia tahu dia sudah melanggar protokol syarikat. Kini dia serba salah kepada Puan Maznah yang amat baik dengannya. Tetapi saat ini dia memang tidak ingin lagi memandang wajah Nazim. Dia tahu lelaki itu pasti bersubahat dengan Lukman.
“Laila, jangan berdiam diri macam ni. Saya bimbang tengok awak macam ni. Saya tahu ada sesuatu yang awak sorokkan dari saya. Berterus-teranglah! Anggap saya ni macam ibu awak. Jangan malu dengan saya. Apa sahaja masalahnya kita cuba selesaikan bersama. Takde masalah yang takde jalan keluar,” pujuk Puan Maznah lembut. Bahu Laila diusapnya perlahan.
“Tiada gunanya lagi. Hidup saya sudah musnah!” jawab Laila sebak. Air matanya terus mengalir tanpa dapat ditahan lagi. Dia sudah tiada emak. Sentuhan wanita ini benar-benar mengusik nalurinya. Saat-saat begini dia amat memerlukan ibunya untuk mengadu sayangnya emaknya sudah tiada lagi. Laila akhirnya tersedu-sedu menahan tangis di hadapan wanita itu.
“Kenapa ni, Laila? Apa yang dah berlaku sebenarnya? Cakap dengan saya!” desak Puan Maznah mula hilang sabar apabila melihat air mata Laila.
Syaknya semenjak tadi memang berasas. Jika tidak masakan Laila menghilang begitu sahaja sedangkan pada kali terakhir dia melihat Laila, Laila amat ceria dengannya. Pasti ada sesuatu yang telah berlaku. Tambah lagi Laila sering mengelak dari memandangnya. Jelas sekali Laila sedang menyembunyikan suatu rahsia yang besar darinya.
Laila terus teresak-esak tanpa dapat memulakan bicara. Apa yang dilakukan Lukman selama beberapa minggu ini ini benar-benar menyiksa batinnya. Tanpa dapat ditahan dia dijadikan hamba seks oleh lelaki itu. Dia benar-benar sudah tidak sanggup lagi hidup begini. Inikah balasan yang harus diterimanya setelah menolak cinta lelaki itu?
“Jangan rahsiakan! Ceritakan pada saya..” desak Puan Maznah lagi.
“Saya diperkosa...” Laila akhirnya membuat pengakuan itu lantas dia menangis lagi.
Puan Maznah terpaku dengan mata terbuntang. Mulutnya terkumat-kamit menyebut kalimah istighfar. Tidak dia menyangka Laila akan mengalami nasib sehingga begini sekali. Akibat dek rasa terkejut dadanya yang sesak dipegangnya.
“Bila? Di mana? Siapa yang lakukan?” Puan Maznah mula dihambat rasa terkejut. Soalannya bertalu-talu. Ada sebahagian fikirannya sudah meneka yang ini perbuatan Nazim.
Laila menggeleng. Bibirnya bagaikan tidak sanggup untuk menyebut nama lelaki keji itu. Dia terlalu jijik dengan perbuatan lelaki. Hampir setiap malam dia bermimpi ngeri tentang lelaki itu.
“Awak dah buat laporan polis?” sekali lagi Puan Maznah menambah soalannya biarpun dia tahu Laila tidak mampu menjawabnya.
Sekali lagi Laila menggeleng. Dia tidak mampu mengawal kesedihannya lagi sehingga dia tidak berdaya untuk menjawab setiap soalan itu. Dia menangis sayu. Malang sungguh. Apa yang dilakukan Lukman tidak mampu ditahannya dan tidak mampu dilaporkan kepada pihak berkuasa.
“Laila, cakap dengan saya. Jangan menangis! Siapa yang lakukan?” desak Puan Maznah agak kuat sambil memegang bahu Laila erat. Dia sudah tidak kisah lagi dengan tangisan Laila. Apa yang dia mahu tahu ialah siapa yang melakukan perbuatan keji itu kepada Laila.
“Lukman.” Laila akhirnya menyebut nama itu dalam esakan sayu.
“Lukman?” Dada Puan Maznah semakin tidak enak apabila mendengar nama itu. Dia cuba menolak kenyataan tetapi amat sukar. Harap-harap bukan Lukman anak saudara sepupunya itu. “Lukman mana ni? Awak kenal dia?” tanyanya pantas.
Laila hanya mengangguk. Sudah tentu dia kenal akan Lukman keparat itu. Lukman dan Nazim sama-sama iblis yang bertopengkan manusia. Konon mengaku sukakannya. Tetapi di sebalik itu Lukman ada hati yang cukup jahat!
“Lukman mana, Laila? Kenapa awak tak buat laporan polis?”
“Dia ugut saya. Saya takut dengan dia..”
“Lukman yang mana satu ni?”
“Lukman kawan Nazim.”
“Ahmad Nahij Lukman ke? Anak Tan Sri Fatah tu?”
Tangisan Laila terhenti terus apabila Puan Maznah menyebut sepotong nama itu. Nahij? Nama itu selalu berada di dalam hatinya. Tetapi nama yang disebutkan oleh Puan Maznah ini bukan menggambarkan lelaki yang dipujanya. Nama itu mungkin milik lelaki lain.
“Apa puan cakap?” soal Laila sedikit tergamam.
“Saya tanya awak, Lukman anak Tan Sri Fatah tu ke? Atau Lukman lain?”
“Saya tak tahu. Yang saya tahu nama dia Lukman saja. Dia kawan Nazim. Dia selalu datang pejabat kita,” jawab Laila perlahan.
“Astaghfirullah-al-adzim...! Dia anak Tan Sri Fatah dari Capital Holding. Dia Ahmad Nahij Lukman anak kepada tuan punya syarikat yang pernah berikan kita tander projek sebelum ini. Macamana awak kenal dia? Macamana ini boleh terjadi?”
Laila terpaku. Nahij lagi? Nama Lukman juga ada Nahij? Kebetulan apakah ini? Jadi lelaki yang menyentuhnya juga adalah Nahij tetapi bukan Nahij yang selalu berada di dalam bayangannya tetapi Nahij lain. Capital Holding? Asmadi...
Laila memegang kepalanya. Terasa langit sedang menghempap tubuhnya yang tidak bermaya. Ujian apakah ini? Banyak sungguh kebetulannya. Capital Holding adalah tempat kerja Asmadi. Laila masih ingat Asmadi ada memberitahu tempat kerjanya dengan UMBS Holding hanya dipisahkan beberapa blok bangunan sahaja. Asmadi ada memberitahu nama bosnya hampir sama dengan nama suaminya tetapi dia yang tidak pernah mengambil berat. Dia tidak sangka Nahij yang dimaksudkan Asmadi adalah Lukman yang dikenalinya.
Aduhai.. sungguh payah untuk dia menelan hakikat yang terbentang di hadapan matanya. Mengapa yang melakukan durja kepadanya juga memiliki nama Nahij?
“Awak kena buat laporan polis, Laila. Perkara ini tak boleh dibiarkan. Ini dah kes berat!” tekan Puan Maznah bersungguh. Dia tidak kisah siapa Lukman. Apa yang dia tahu Lukman mesti dihukum.
“Jangan, Puan Maznah! Saya tak mahu..”
“Kenapa? Dia dah buat awak macam ni awak masih nak biarkan dia?” ucap Puan Maznah meninggi tanpa dapat ditahannya. Masakan Laila hanya mahu menangis sepanjang hari tanpa melakukan apa-apa untuk penjenayah seperti itu?
“Bukan saya nak biarkan dia. Tapi dia dan Nazim ada kaitan. Saya takut mereka akan apa-apakan keluarga saya di kampung. Lukman dah ugut saya. Tolonglah, puan. Jangan hebohkan perkara ni. Lagipun dia.. dia..”
“Dia apa? Cakap, Laila!”
“Dia ada ambil gambar saya waktu saya tak sedar malam tu. Dia ugut akan sebarkan ke dalam internet kalau saya buat laporan polis. Lagipun dia banyak duit. Saya tahu dia akan buat apa sahaja asalkan dia terlepas. Apa akan jadi pada saya lepas tu? Saya takut!” luah Laila amat tertekan sekali.
Puan Maznah tergamam seketika sambil memandang Laila. Setakat ugutan yang satu itu masih boleh diselamatkan tetapi yang berkaitan dengan gambar itu ternyata amat sukar kerana ini melibatkan maruah Laila. Memang banyak sekali kisah yang didengarinya yang melibatkan penganiayaan dengan menggunakan teknologi terkini seperti internet. Sekelip mata sahaja keaiban orang boleh tersebar ke seluruh dunia.
“Astaghafirullah-al-adzim... apa nak jadi dengan dunia sekarang ni? Kenapa sampai macam ni sekali jahatnya manusia. Ya, Allah! Ya, Allah!” Puan Maznah mengeluh sambil memegang kepalanya. Dia menggeleng beberapa kali. Lukman adalah anak sepupunya dan apa yang dilakukannya kepada Laila amat berat untuk diterima!
“Jahat sungguh Lukman tu. Saya tak sangka dia sejahat itu!” luah Puan Maznah sekali lagi. Kini dia juga sudah tidak tahu apa yang harus dilakukan. Bimbang tersalah langkah maruah Laila lebih tercemar.
Laila hanya mampu mengesat air matanya. Dia tahu nasibnya memang malang. Amat kasihan sekali kerana dia tidak berani untuk mendapatkan pembelaan untuk dirinya. Dia tidak berdaya.
“Jadi macamana sekarang ni, Laila?”
“Saya tak tahu..”

Puan Maznah mengeluh seketika. Seketika kemudian dia memandang Laila semula. Dia bersimpati tetapi dia tetap tidak mahu Laila melumpuhkan semangatnya untuk bangkit semula.
“Beginilah.. Apa kata awak ambil sedikit masa ni untuk tenangkan fikiran awak. Saya tahu ini semua amat berat untuk awak pikul. Tapi percayalah, Laila. Keadilan yang paling adil adalah dari Allah. Jangan putus asa. Teruskan hidup macam biasa. Jangan patah semangat kerana ujian ini. Sayangkan kehidupan awak. Jangan musnahkannya kerana apa yang dah terjadi,” nasihat Puan Maznah lembut.
“Saya dah takde apa-apa lagi dalam hidup ni, puan. Semuanya dah musnah kerana jantan tu! Saya dah tak sanggup hidup macam ni!”
“Jangan cakap macam tu. Tak baik awak berputus asa macam ni. Memang mudah saya bercakap sebab tak kena pada saya tapi ingatlah, awak masih ada orang tua awak yang sayangkan awak. Jangan biarkan segala yang awak ada musnah kerana dia. Hidup mesti diteruskan, Laila. Dengar nasihat saya. Takde apa yang berubah dalam hidup awak. Awak masih ada orang tua awak. Awak masih ada saya yang selalu ambil berat tentang awak. Awak masih ada tawaran kerja yang masih menunggu awak. Jangan musnahkan semuanya kerana perbuatan Lukman. Dia akan mendapat balasannya, Laila. Percayalah! Janji Allah cepat atau lambat suatu hari nanti dia akan datang melutut pada awak memohon maaf pada awak atas apa yang dia dah lakukan pada awak. Buat sementara waktu awak bersabar dulu. Saya akan fikirkan apa caranya untuk menyelesaikan masalah awak ni.”
“Tapi dia tahu saya di sini, Puan Maznah. Dah banyak kali dia datang cari saya. Saya tak tahu mana nak pergi lagi. Saya dah tak sanggup lagi dijadikan hamba nafsu. Dia ugut saya macam-macam. Saya takut!” ucap Laila pula.
“Dia ada ulang semula perbuatan tu?”
“Banyak kali. Saya dah tak tahu nak buat apa. Kalau saya melawan dia pukul saya. Dia ugut nak bunuh saya dan keluarga saya. Saya buntu, puan. Dia memang jahat!” rintih Laila dengan deraian air mata.
“Buat sementara ni saya nak awak tukar kunci rumah awak. Saya akan usahakan supaya awak berpindah ke tempat lain. Awak jangan bimbang. Dia takkan boleh cari awak lagi. Percaya pada saya! Kalau awak biarkan dia begitu sahaja, dia akan naik lemak. Dia anggap awak mainan dia sebab awak lemah. Awak jangan tunduk pada kehendak dia!” ucap Puan Maznah bersungguh.
Laila akur dalam diam. Sedikit sebanyak dorongan Puan Maznah menghidupkan semula hatinya yang terluka atas apa yang terjadi.
“Saya akan selalu hubungi awak. Jangan berdiam diri macam sebelum ni. Saya bimbangkan awak. Awak kena tahu ada orang sekeliling awak yang sayangkan awak macam anaknya sendiri,” tambah Puan Maznah sedikit lembut.
Laila sebak dengan kata-kata wanita itu. Terus sahaja dia memeluk wanita itu dan menangis lagi. syukur.. jika tiada Puan Maznah dia sendiri tidak tahu apa yang bakal berlaku pada dirinya. Dia amat berharap dapat keluar dari kehitaman ini secepat yang boleh!
“Jangan sedih. Setiap apa yang berlaku itu ada hikmahnya. Bersabar! Allah ada bersama dengan kita, Laila. Jangan takut!” pujuk Puan Maznah lembut. Tubuh Laila diusapnya agar wanita itu tenang.
Dalam hati Puan Maznah dia amat simpati dengan nasib wanita ini. Sudahlah tidak bersuami lagi kini dirinya pula menjadi permainan lelaki durjana yang selalu menganggap wanita hanya bahan pemuas nafsu. Dalam diam Puan Maznah memasang tekad. Jika ada caranya untuk mengajar Lukman dan Nazim, dia berjanji sama sekali tidak akan melepaskan dua manusia itu.
Sama sekali tidak akan!!!

Esoknya Puan Maznah datang lagi ke rumah Laila. Kali ini dia membawa berita yang amat menggembirakan Laila. Puan Maznah sudah menemukan Laila sebuah rumah lain. Walaupun mungkin harga sewanya dua kali ganda dari harga rumah yang didudukinya sebelum ini namun yang pastinya dapat menyelamatkan Laila dari dijadikan mangsa nafsu buas Lukman lagi. Sebuah apartment siap dengan perabot di Pantai Baharu yang dirasakan selamat buat Laila memandangkan mempunyai kawalan keselamatan bagi menjaga harta benda dan juga penghuninya. Laila tidak ingin menunggu lagi. Setelah dibawa oleh Puan Maznah bertemu dengan tuan rumah itu Laila segera diberikan kunci rumah. Mujur juga rumah itu baru dikosongkan oleh penyewa lama. Tidaklah berhabuk sana sini. Dia boleh terus memindahkan barangannya. Mujur juga barangannya tidak sebanyak mana. Kebanyakan perabot adalah milik tuan rumah. Dia hanya perlu membawa pakaian dan beberapa keperluan lain. Laila turut menukar nombor telefonnya kerana dia tahu Lukman akan menelefonnya jika gagal mencarinya di rumah.
Puan Maznah sendiri ikut membantu Laila memindahkan barangannya ke rumah itu. Malahan ada beberapa pekakas eletrik dibelikannya untuk Laila. Terlalu banyak bantuan yang diberikan oleh Puan Maznah kepadanya sehingga dia tidak tahu bagaimana hendak berterima kasih.
Namun bagi Puan Maznah perhatian yang diberikannya ikhlas tanpa mengharapkan balasan. Dia hanya mahu Laila memulakan hidupnya dengan selamat di rumah itu tanpa gangguan lagi. Mungkin mereka tidak mampu untuk mengheret lelaki itu ke muka pengadilan seperti yang seharusnya. Cukuplah jika Laila dapat melupakan semuanya dan meneruskan hidup yang penuh cabaran ini dengan tabah.
Beberapa hari itu hidup Laila kembali tenang. Tiada lagi kerisauan sekiranya Lukman mengetuk pintu rumahnya pada malam hari. Laila sedia untuk melupakan semuanya biarpun dirasakan sukar. Biarpun kerisauan masih ada namun dia yakin Lukman tidak akan menemui dia di sini kerana hanya Puan Maznah yang tahu di mana dia berada kini.
Laila mula memikirkan apa yang harus dilakukannya selepas ini. Rasanya dia tidak boleh lagi memulakan kerja di UMBS kerana tempat itu berdekatan dengan Lukman. Keberangkalian untuk dia menemui Lukman agak besar. Memikirkan itu Laila memutuskan untuk memulakan pencariannya di tempat lain. Dia yakin, bukan sekadar di UMBS dia boleh mencipta kejayaan dalam hidupnya. Rezeki berada di mana-mana.
Melalui internet Laila memulakan pencarian. Tanpa jemu dia membelek lama-laman web yang ada memaparkan tawaran kerja dan menyelak akhbar untuk mencari peluang yang ada. Nasibnya agak baik kerana melalui laman web dia melihat ada beberapa tawaran yang memerlukan kemasukan segera mungkin bersesuaian dengan kelulusan dan pengalaman yang dia miliki. Lebih bernasib baik lagi dua hari selepas dia membuat permohonan satu panggilan masuk ke telefonnya yang meminta dia untuk bertemu dengan seseorang yang bernama Mahesh pada jam dua petang pada hari yang sama untuk proses temuduga. Kini setelah beberapa minggu hidupnya diselubungi kesedihan baru kali ini dia merasa sedikit kegembiraan biarpun tidak sepenuhnya.
Pertemuan dengan Encik Mahesh dari syarikat penerbangan Emirates Airlines itu membenihkan kegembiraan yang lebih besar buat Laila. setelah hampir setengah jam berbincang dia diminta oleh Pengurus Sumber Manusia Emirates Airlines itu untuk menghadiri sekali lagi sesi temuduga di pejabat operasi syarikat itu setelah segala dokumen yang diperlukan dapat disediakan. Tanpa banyak kira Laila segera bersetuju. Baginya tidak susah untuk dia menyediakan passport antarabangsa dan juga beberapa dokumen berkaitan sejarah pendidikannya sebelum ini. setahunya untuk mendapatkan passport antarabangsa proses permohonannya hanya memakan masa seminggu. Dari Encik Mahesh syarikat sedia memberikan dia tempoh itu sebelum menghadiri temuduga kedua. Dari Encik Mahesh juga dia diberitahu sekiranya calon sudah dipanggil untuk temuduga kali kedua itu bermakna calon itu sudah dipilih untuk menjawat jawatan yang dimohon. Betapa bersyukurnya Laila dengan rezeki yang datang. Dia sedar dalam dugaan yang melanda dia yakin ALLAH masih kasihankan dirinya. ALLAH tidak akan menzaliminya. Sesuatu yang hilang dari sisinya ALLAH akan gantikan semula dengan yang lain. Kini keyakinan Laila semakin terpahat kukuh. Tidak selama hidupnya akan derita.

3 ulasan:

berilah komen yg mampu membina saya supaya menjadi lebih baik dari semalam.