Isnin, 22 September 2014

PELITA DI BAWAH PURNAMA 1-2

Bab 1

Qairynn berlari anak mendekati sebatang tubuh sang lelaki berpakaian putih berkasut hitam itu. Rundu-randah dia menggalas beg sekolahnya yang agak sarat dengan buku teks dan buku latihannya itu selain di tangannya juga terdapat beberapa buah buku. Sedar dia sudah membiarkan lelaki itu menunggunya lama, Qairynn semakin melajukan langkahnya. Kain sekolah berwarna merah hati itu disinsing sedikit agar pergerakannya menjadi lebih laju untuk mendapatkan lelaki itu.
“Abang Aryan!” panggil Qairynn dalam mengahan akibat kepenatan.
Aryan menoleh pantas apabila mendengar namanya dipanggil seseorang. Apabila ternampak sahaja wajah gadis yang gemar berrambut pendek seperti lelaki itu dia lantas menghela nafas geram. “Lamanya? Penat abang tunggu kat sini. Rynn pergi mana?” soalnya sedikit bengang. Terus dia bercekak pinggang di hadapan gadis yang gemar berperawakan tomboi itu.
Sorry, tadi Rynn jumpa Puan Patricia. Dia banyak tanya..”
“Tanya pasal apa?” soal Aryan mula lenyap rasa bengang berganti dengan rasa gusar. Nama Patricia itu dimiliki oleh guru disiplin 1 yang terkenal dengan ketegasan dan kebanyakan pelajar menggelarnya ‘singa betina’. Qairynn ada membuat masalah disiplin sehingga terpaksa berurusan dengan wanita itu?
“Takde. Dia tanya pasal duty hari ni itu aja. Lepas tu dia tegur rambut Rynn pendek sangat. Dia suruh Rynn simpan rambut panjang pulak. Takpun jangan potong terlalu pendek,” balas Qairynn selamba memberitahu butiran perbualannya dengan guru berbangsa Serani itu.
Mendengar itu Aryan terus tergelak. “Padan muka! Kan dah kena? Hari tu abang kata rambut Rynn tu pendek sangat, tak mahu dengar. Nak sangat berambut macam lelaki. Nasib baik Rynn pergi sekolah pakai baju kurung. Kalau tak memang boleh panggil abang Qairynn dah,” ujar Aryan kemudian tanpa rasa bersalah dia terus menyambung tawanya.
Qairynn hanya mencebik sebagai balasan kata-kata Aryan itu. Langsung tidak kisah dengan ejekan Aryan kepadanya. Dia sudah terbiasa! Dia tahu itu hanya sekadar usikan dan senda gurau Aryan.
Tanpa memperdulikan Aryan yang masih mengetawakannya dia terus keluar dari halaman Sekolah Menengah Damansara Utama itu. Aryan lantas mengerkori langkah gadis itu. Mereka berhenti di perhentian bas di hadapan sekolah itu untuk menunggu bas seperti biasa. Bas 347 intrakota menuju ke Damansara biasanya akan melalui kawasan itu.
“Balik nanti makan kat rumah mama ya? Mama dah cakap dengan abang pagi tadi suruh ajak Rynn makan kat rumah.” Anak muda itu berkata. Lembut dan mesra suaranya dialunkan buat gadis itu.
 “Okay. Tapi Rynn nak balik dulu. Tukar baju. Nanti nenek marah lagi macam dulu.” Qairynn membalas sambil mengangguk.
“Tapi jangan lama sangat. Abang dah lapar ni. Kalau lambat abang makan dulu. Abang tinggalkan tulang ayam aja nanti,” ucap Aryan masih tidak jemu menyakat gadis itu.
“Elleh! Habiskanlah.. “ jawab Qairynn selamba sambil menjeling sekilas.
“Hmm.. geram betul abang tengok adik abang ni. Meh sini.. abang nak seligi sikit.” Dengan selamba Aryan mencubit membelit leher Qairynn dengan lengannya sehingga terteleng gadis itu ke arahnya. Kepala gadis itu ditunjalnya geram.
Sekilas itu tangan Aryan terus ditampar oleh Qaira yang kesakitan.
“Sakitlah! Asyik ketuk kepala Rynn aja abang ni! Teruk betullah!” degus Qairynn tidak senang dengan kelakuan Aryan. Sudah acap kali dirinya ini menjadi mangsa dera Aryan yang agak kasar. Suka-suka hati aja nak ketuk kepala anak dara orang!
“Ala.. marah ke? Abang luku sikit ajapun marah..” usik Aryan sambil terkekeh-kekeh ketawa. Seronok melihat Qairynn terdera dengan usikannya.
Qairynn terus menyepak kaki Aryan yang berjuntai di bawah. Tepat sekali kenanya ke buku lali Aryan. Melolong Aryan entah kenapa.
“Patah kaki abang!” degus Aryan sengaja meninggikan suara.
“Lantaklah! Lembik! Baru kena sepak sikit dah menjerit macam sundder bolong!” ucap Qairynn dengan wajah tidak berperasaan. Aryan mahu membalas namun sekali lagi Qairynn memintas.
“Upps! Bas dah sampai..” ucap Qairynn selamba tanpa mempedulikan Aryan yang mencuka kepadanya. Sempat juga dia menjeling Aryan bersama senyum sinisnya sebelum bangun menahan untuk bas itu.
Aryan mendegus sendiri melihat gelagat Qairynn. “Nantilah! Abang akan balas balik! Tunggu aja!” Namun Aryan akhirnya ikut berdiri menanti bas itu bersama Qairynn.
“Tomboi!” bisik Aryan sengaja mengejek.
Qairynn hanya buat pekak seolah-olah ejekan itu tidak melekap langsung di pendengarannya. Tumpuannya kini pada bas yang sedang memperlahankan kelajuannya untuk menjemput mereka berdua. Namun tiba-tiba dia teringat pula. Dia masih tidak menyediakan tambang. Sepantas kilat dia menyeluk poket bajunya. Namun dek kerana di tangannya terdapat banyak buku dia terkial-kial.
 “Mari abang pegangkan buku tu,” ucap Aryan lembut. Tanpa menanti jawapan Qairynn dia terus mengambilnya buku-buku amali yang rata-ratanya agak tebal dan berat milik Qairynn.
“Terima kasih,” balas Qairynn lantas tersenyum lembut. Kembang seketika hatinya dengan sikap perihatin Aryan kepadanya. Entah kenapa dengan hanya sedikit kebaikan diberikan kepadanya itu sudah membuat hatinya merasa cukup berbunga-bunga.
“Kasih mu ku terima..” jawab Aryan sedikit nakal. Raut sang gadis sempat ditatapnya dari tepi dengan senyum manisnya.
Malangnya bas Intrakota itu sewaktu-waktu begini memang padat. Begitulah keadaan yang sering mereka hadapi setiap hari. Hari ini sekali lagi mereka berhadapan kesesakan di dalam perut bas itu. Qairynn dan Aryan terpaksa menyelinap serta berhimpit-himpit dengan penumpang lain ditengah bas.
Aryan sempat menatap raut Qairynn yang berdiri agak rapat dengannya. Hatinya segera dipagut simpati melihat Qairynn yang kepayahan kerana tidak mempunyai tempat berpaut. Spontan dia meraih tubuh si gadis lebih dekat dengannya. Pinggang gadis itu dipautnya agar Qairynn tidak terjatuh akibat hayunan bas itu.
Qairynn menoleh memandang Aryan. Bibirnya sekadar tersenyum biasa tanda merelai apa yang sedang dilakukan Aryan kepadanya. Dia tahu Aryan sekadar mahu melindunginya. Aryan sudah seperti abang kandungnya memandangkan dia tidak punya adik beradik lelaki.
Aryan terdiam saat matanya menjamah senyum manis gadis itu. Cute pulak aku tengok dia ni.. bisik hati Aryan sendiri.
20 minit berdiri di dalam bas itu akhirnya mereka sampai di perhentian bas yang paling hampir dengan rumah mereka. Kini mereka terpaksa mendaki pula untuk tiba ke rumah mereka yang terletak di atas bukit. Dengan bebanan yang sedang digalas di bahunya ini, separuh jalan saja Qairynn sudah pancit. Langkahnya perlahan sedikit demi sedikit dia mula ketinggalan.
“Cepatlah jalan!” laung Aryan saat terpandangkan Qairynn ketinggalan agak jauh darinya. Langkahnya terhenti sambil memerhatikan Qairynn yang sudah tercungap-cungap.
“Penat! Tak larat nak jalan dah ni..” jawab Qairynn sudah tidak berdaya lagi.
Aryan menggeleng sedikit. Simpati dia melihat Qairynn. Dia terus menanti gadis itu tiba di tempat dia berdiri.
 “Alahai.. kesian adik abang ni. Meh! Biar abang bawakkan beg Rynn tu,” ucap Aryan lantas beg dibahu Qairynn terus diambilnya. Kini dia pula yang rundu randah jadinya dengan begnya sendiri, buku-buku Qairynn dan kini beg Qairynn juga sudah dipikulnya secara sukarela.
Qairynn seger menghela nafas kelegaan sebaik sahaja beg itu teralih dari bahunya. Rasa sakit pada otot sekitar bahunya mula mereda. Namun kasihan pula dia melihat Aryan. “Boleh ke, bang?” tanyanya sambil membuntuti Aryan untuk sampai ke rumah masing-masing.
“Boleh..” jawab Aryan lantas tersenyum. Spontan dia mengusap rambut Qairynn tanda kasihnya kepada gadis itu.
“Yalah.. orang macho. Setakat bawak dua beg dengan buku-buku tu semua apalah sangat,” omel Qairyyn dengan sengihnya.
“Tahu tak pe! Rynn tak payah cakap pun abang dah biasa dengar tentang itu. Dah ramai orang bagitahu yang abang ni macho. Abang reda je dengan takdir ni,” sambut Aryan selamba dengan perasaan separuh bangga dilabelkan macho oleh Qairyyn. Bukan senang dia mahu mendengar Qairyyn memujinya begitu.
“Puuiih! Menyampah gila dengar benda tu!” getus Qairyyn tiba-tiba.
“Kenyataan memang menyakitkan, Rynn. Abang faham,” giat Aryan lantas tersengih bagaikan kerang.
“Bencilah dengan orang perasan macam ni. Macam dia sorang aja yang macho kat dalam dunia ni. Boleh blah!” cemik Qairynn semakin meluat. Kakinya segera dihayun laju meninggalkan Aryan yang sudah tergelak seronok melihat reaksinya.




Bab 2

Seperti yang dikatakan awal tadi Qairynn pulang dahulu ke rumahnya. Bimbang neneknya akan marah jika dia terus ke rumah sebelah tanpa mandi dan bersolat zohor. Selesai menunaikan solat dia terus turun ke bawah.
“Ryn, makan yuk?” Nong yang berkerja sebagai pembantu rumah itu segera menegur apabila ternampak kelibat Qairynn di ruang tamu bersama buku-bukunya dari ambang dapur.
“Takpelah, Nong. Rynn nak makan kat rumah mama dengan abang Aryan. Rynn pergi sana ya? Nanti Nong bagitahu nenek tau. Rynn terus buat homework kat sana dengan abang Aryan,” ucap Qairynn berserta sengihannya kepada wanita itu.
Tanpa menunggu jawapan Nong, gadis itu terus berlari anak ke muka pintu. Selipar yang tersedia di hadapan pintu disarungnya rakus. Tidak sabar benar rasanya mahu ke rumah sebelah. Perutnya pun sudah berlagu irama heavy metal. Namun sebenarnya dia tahu kegembiraan untuk menghabiskan masa yang ada bersama Aryan lebih mengatasi sebab yang lain.
Setiba di rumah ‘jiran ku abang angkat ku’ Qairynn lihat Aryan sudah berada di ruang tamu. Elok sahaja lelaki itu duduk di sofa sambil menonton tv.
“Abang dah makan ke?” tanyanya dengan mata membulat sebaik sahaja masuk ke dalam rumah itu. Senang hati benar Aryan dilihat tersandar di sofa. Macam orang sudah kenyang aja gayanya.
“Tengah tunggu minah sorang nilah! Terhegeh-hegeh!” jawab Aryan selamba sambil memandang Qairynn sekilas sebelum kembali memusatkan pandangannya ke arah tv.
“Mama mana?” tanya Qairynn sambil memandang ke tengah rumah. Tiada pula kelibat wanita yang sedang dicari. Rumah itu sepi sahaja melainkan suara tv yang sedang dipandang Aryan.
“Mam solat kat atas. Jom makan. Abang dah lapar ni,” ajak Aryan lantas bangun dari sofa itu. Pakaian sekolahnya sudah digantikan dengan seluar pendek dan t’shirt kolar bulat berlambang Nike.
“Jom!” sambut Qairynn teruja. Teruja dek kerana perut yang sudah kebuluran.
“Mama dah makan ke?” tanya Qairynn saat di meja makan itu. Mereka sudahpun memulakan suapan masing-masing. Lauk asam pedas ikan pari, ikan bawal masak masam manis dan sayur kailan goreng yang dimasak oleh ibu Aryan tidak mampu untuk membuat mereka menunggu lagi. Masing-masing menyuap laju seperti orang kebuluran.
“Tadi papa balik makan tengahari. Mama makan sekali dengan papa.” Aryan menjawab tanpa mampu mengalihkan tumpuannya daripada lauk pauk di atas meja.
Qairynn mengangguk sedikit kemudian meneruskan makannya. Tetapi seketika kemudian dia teringatkan sesuatu. Pandangannya kembali dihalakan kepada Aryan.
“Abang tahu tak? Tadikan.. Fahim dia cakap pada Rynn sesuatu pasal seseorang. Abang nak tahu apa dia cakap?” ucap Qairynn. Namun saat itu dia sudah tersenyum semacam kepada Aryan yang duduk di hadapannya.
“Apa dia?” tanya Aryan antara berminat dengan tidak sahaja gayanya.
“Fahim cakap abang ada peminat..” ujar Qairynn cuba memancing minat Aryan. Sambil menggaul nasi dalam pinggan dia memandang Aryan yang masih bereaksi cakna dengan tidak sahaja.
“Iya? Siapa peminat abang tu? Dia?” jawab Aryan selamba.
“Eeii! Ada pulak Fahim. Dia tu mana ada perasaan!” balas Qairynn lantas ketawa kecil mengenangkan sahabat sekelasnya itu.
Aryan tergelak kecil. “Tahu pun Rynn yang Fahim tu takde perasaan. Habis tu kalau bukan dia siapa lagi? Tak tahu pulak abang yang dia suka gosip-gosip ni semua?” ucap Aryan usai tawanya. Wajah gadis di hadapannya itu dipandang seketika.
“Wah! Berminat benar nak tahu?” perli Qairynn sedikit tidak senang melihat Aryan sudah mula tertarik dengan topik mereka saat ini. Entah-entah apa yang sering diceritakan orang kepadanya itu memang betul.
“Eh! Bukan ke tadi Rynn jugak yang beria nak bagitahu abang?” balas Aryan sambil tersenyum sendiri.
Qairynn mencebik meluat melihat senyuman Aryan. “Maya suka kat abang..” ujarnya agak mendatar. Wajah Aryan dipandang kosong. Entah kenapa dia tidak gemar mendengar cerita itu.
Spontan itu senyuman Aryan memudar. Tersentak jantungnya mendengar nama yang disebut Qairynn. Maya suka padanya? Betulkah? Hati Aryan berdebar entah kenapa. Macam seronok aja dia mendengar gosip itu. Harap-harap bukanlah sekadar gosip kosong. Dia tunduk menyuap makanan tanpa menjawab apa-apa kepada Qairynn.
Tanpa sedar kebisuan Aryan dipandang lama oleh Qairynn. Hatinya terus dibaluti rasa tidak enak. Sukakah Aryan kepada Maya si ratu cantik sekolah mereka itu? Kalau tidak suka mengapa Aryan tidak menafikan kata-katanya sebentar tadi. Entah-entah Aryan pun ada hati dengan Maya. Hati Qairynn hanya mampu bermonolog sendiri.
“Abang pun suka dengan Maya tu ke?” soal Qairynn setelah agak lama mereka membisu di meja itu.
“Ish! Taklah..” sambut Aryan pantas.
“Yelah tu. Entah-entah dalam diam memang suka,” ucap Qairynn lantas mencebik sendiri.
“Bukanlah macam tu..” ucap Aryan lembut.
“Apa yang bukan macam tunya?” soal Qairynn sambil mengerut kening kepada Aryan yang berjeda pula. Berangan ke apa ni? fikir Qairynn sambil terus merenung tampang Aryan.
“Abang dengan dia jarang bercakap selama ini. Abang pun tak pernah terfikir nak ke situ buat masa ni dengan sesiapa, Rynn. Ini bukan masanya,” jelas Aryan ringkas sahaja. Namun hakikat yang tersimpan di dalam hatinya hanya Allah yang tahu dan biarlah Allah sahaja yang tahu untuk seketika ini. Dia tidak mahu kelak timbul masalah jika rahsia itu terbongkar.
Qairynn segera mengangguk tanda berpuasa hati mendengar penjelasan itu. Tanpa kata lagi dia meneruskan suapan yang tergendala.
“Tapi mana Fahim tahu pasal ni semua?” kali ini Aryan pula yang menyoal Qairynn.
“Ada orang bagitahu dia,” jawab Qairynn jujur.
“Siapa?”
“Manalah Rynn tahu! Banyak tanya pulak,” getus Qairynn semakin tidak senang. Panas hatinya entah kenapa.
“Aik? Tanya sikit pun marah ke? Siapa suruh bukak cerita?” Aryan tersengih kepada Qairynn di hadapannya.
“Orang nak makan pun tak senanglah!”
“Dahlah! Cepat makan. Kita buat homework lepas ni.” Serentak itu lelaki itu terus bangun untuk membawa pinggannya ke dapur.
Tinggal Qairyn sendirian di meja itu menghabiskan nasinya. Melihat Aryan sudah beransur pergi dari meja itu Qairyn segera menyuap nasinya agak lahap. Selesai nasi di dalam pinggannya, dia juga terus bangkit untuk ke dapur. Di dapur dia melihat Aminah, pembantu rumah Indonesia yang berusia 30 tahun sedang mengemas dapur.
“Mbak, nak basuh pinggan ni,” ucap Qairynn lembut.
Enggak usah. Bairin mbak aja..” ucap wanita itu lembut kepada Qairynn.
Menyedari wanita itu sedang berada di sinki Qairynn akur dengan pemintaan wanita itu. “Terima kasih, mbak..” ucap Qairynn sambil tersenyum.
Selepas meneguk air dan mengemas meja sedikit sebanyak Qairynn terus naik ke tingkat atas bersama dengan buku-bukunya. Di pertengahan tangga dia bertembung dengan Datin Rahimah yang sedang melangkah untuk turun ke bawah.
“Mama..” sapa Qairynn mesra.
“Ya, sayang. Rynn dah makan ke?”
“Dah selamat pun dua pinggan. Mama punya asam pedas memang superb..” ucap Qairynn sambil tersenyum.
“Mama dah selalu dengar tu, Rynn.” ucap Datin Rahimah lantas tersenyum. Pujian seperti itu sudah acap kali diterimanya. Dia tahu Qairynn memujinya bukanlah bermakna uminya tidak tahu memasak makanan yang sedap-sedap. Sebaliknya emak Qairynn juara memasak resepi ala-ala Arab kerana wanita itu berdarah Arab. Sementara dia pula Melayu asli sudah tentulah lebih pakar memasak lauk ala-ala kemelayuan.
“Ma, Rynn nak buat homework ni. Naik dulu ya?”
“Banyak ke kerja rumah cikgu bagi hari ni?”
“Banyak jugak..”
“Yalah. Elok-elok duduk dengan abang Aryan tu. Jangan bergaduh pulak!” pesan Datin Rahimah lembut sebelum mengusap rambut Qairynn penuh kelembutan. Walaupun dia tahu Qairyn dan Aryan akrab semenjak dari sekolah rendah namun kadang-kala dua remaja itu sering bertengkar apabila sudah terlalu kerap mengusik dan diusik.
“See you, ma!”
Tanpa menunggu lagi Qairynn terus naik ke tingkat atas. Selalunya dia akan membuat kerja sekolah di bilik bacaan bersama dengan Aryan. Setiba di bilik itu Aryan sudah berada di situ bersama dengan beg sekolahnya. Aryan mengerling Qairynn sekilas sebelum memandang semula bukunya.
Dua jam itu mereka berdua ralik menyudah kerja sekolah masing-masing. Tidak banyak perbualan dan senda mereka berdua. Tuntutan sebagai pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan besar hujung tahun ini lebih utama bagi mereka berdua. Tetapi seketika kemudian Aryan mula mengeliat. Akibat tidak banyak bergerak bahunya mula terasa keras.
“Sakitlah bahu abang, sayang.” Aryan berkata sambil memandang Qairynn yang masih ralik dengan tugasnya. Bahunya ditepuk-tepuk lembut.
Faham makna bicara Aryan gadis itu mengerling sekilas lelaki itu. “Bahu Rynn ni pun sakit jugak,” jawab Qairynn sengaja meleretkan nadanya. Dia tahu Hadi mahu dia mengurut bahu lelaki itu.
Spontan Aryan ketawa perlahan. Semenjak tadi mereka serius tiba-tiba sifat nakalnya timbul apabila memandang Qairynn yang begitu khusyuk. Pen di tangan Qairynn diambilnya pantas. Tersentak gadis 17 tahun apabila pen itu tiba-tiba lesap dari genggamannya. Panas hatinya dengan perbuatan lelaki itu.
“Abang, janganlah!” degusnya geram. Pena itu cuba diambil semula namun Aryan sengaja mengelak.
“Sayang abang dulu baru abang bagi,” usik Aryan sambil menunjukkan pipinya kepada gadis itu.
“Tak nak! Bak pen tu semula! Homework Ryn banyak lagi ni, abang! Janganlah kacau!” bentak Qairynn mula tidak senang dengan usikan Aryan yang tidak kena tempat. Dia sudah tiada masa untuk bermain-main.
“Okaylah! Kesian adik abang ni..” Aryan segera mengalah saat melihat wajah Qairynn sudah lain macam. Lagipun dia tidak sampai hati mahu mengacau dalam keadaan gadis itu sedang kejar masa. Sekejap lagi Qairynn mesti akan dipanggil balik oleh neneknya.
Qairynn sempat menjeling saat pen itu bertukar tangan. Tiada senyuman menghiasi bibirnya biarpun Aryan sedang tersenyum kepadanya. Dia benar-benar tiada mood untuk melayan usikan Aryan.
“Adik abang ni kalau masam macam ni memang cantik,” usik Aryan lembut. Pipi gadis itu dicuitnya lembut.
“Jangan nak poyo, okay!” getus Qairynn tanpa memandang.
“Poyo tu apa?”
“Poyo tu maksudnya jangan nak mengada-ada!”
“Oh.. poyo tu maksudnya mengada-ada..” Aryan kembali menyebut apa yang diungkapkan Qairynn itu. Buat seketika dia sekadar memandang jemari runcing Qairynn yang laju menulis di atas bukunya. Kemudian berpindah pula ke wajah gadis itu yang sedikit menunduk. Bulu mata hitam yang lentik itu benar-benar menarik dilihatnya. Tambahan pula bola mata coklat terang milik gadis itu dilitupi dengan kelopak mata yang sedikit redup. Wajah Melayu-Arab milik Qairynn sebenarnya memang unik. Tetapi dia tidak tahu kenapa gadis ini suka benar berambut pendek.
“Abang sebenarnya teringin nak tengok Rynn berambut panjang,” ucap Aryan tiba-tiba. Tangannya spontan menyentuh rambut yang terjuntai di dahi Qairynn. Wajah seseorang yang diminati dalam diam mula melintas. Dia memang sukakan gadis berambut panjang. Seperti Maya sebagai salah satu contohnya..
“Tapi sesetengah perempuan bila dia berambut pendek, dia nampak seksi..” sambung Aryan sambil merenung gadis di hadapannya itu.
Qairynn terdiam. Namun dia terus mengangkat pandangan kepada Aryan di hadapannya. Perlakuan Aryan tiba-tiba membuatkan hatinya merasa tidak enak. Nada lelaki itu juga agak aneh. Senyum Aryan mula memberikan dia satu rasa yang dia sendiri tidak tahu. Renungan lelaki itu mula membuatkan dia hilang fokus tiba-tiba. Apa kena dengan Aryan? Entah..
Qairynn tunduk tidak melayan perbuatan lelaki itu walaupun dalam diam hatinya terusik. Kenapa pulak dengan aku ni? Tiba-tiba ditimpa perasaan pulak! Dah gila agaknya! Degusnya sambil menggeleng sendiri.

Sabtu, 22 Mac 2014

41-BINI AKU BOS AKU!

41
“Bila lagi nak langsungnya, Hadi? Dah lama benar tertangguh majlis kau dengan Suria ni. Mak tak kira. Mak nak kau kahwin jugak dengan Suria tu? Semua orang dah tahu! Malu mak nanti!”
Hadi menghela nafas perlahan. Bila soal ini dibangkitkan semula, mulalah otaknya serabut semula. “Mak, Hadi tak mahu. Berapa kalilah Hadi nak cakap dengan mak tentang ini? Hadi tak sukakan Suria tu,” keluh Hadi mendayu-dayu mengharapkan pengertian emaknya.
“Habis tu kau nak mak terima perempuan tak guna tu?”
“Dia tu isteri Hadi, mak. Tolonglah, mak. Qay tengah mengandung sekarang. Takkanlah mak tergamak nak paksa Hadi buat ni semua?” keluh Hadi dalam nada tertahan.
“Mak dah cakap dari awal yang mak tak boleh terima Qay tu. Yang kau pergi mengandungkan dia buat apa? Kau ingat bila dia dah mengandung, mak boleh suka dia? Mak masih tak boleh lupa apa yang dia buat sebelum ni, Hadi. Tak semudah itu!” meledak suara mak cik Saadiah kepada anaknya itu.
Hadi menghela nafas lagi buat kesekian kalinya. Tidak tahu apa lagi kata-kata pujukan yang mampu melembutkan hati emaknya ini.
“Kau tu anak mak! Mak dah pilih perempuan yang terbaik untuk kau. Kau nak jugak perempuan dari keturunan tak senonoh tu? Apa benda yang ada ada dalam otak kau ni, Hadi? Apa betina tu dah bagi kau makan?” bentak Mak cik Saadiah terus mengeras.
“Hadi sayangkan Qay, mak. Tak boleh ke sekali ni mak cuba faham perasaan Hadi?”
“Kau tu bodoh! Tak mustahil betina tu akan tinggalkan kau lagi. Kalau kena sekali lagi, padan dengan muka kau!” selar wanita tua itu masih tidak mahu berlembut.
“Qay takkan buat Hadi macam tu..”
“Mana kau tahu?” pintas Mak cik Saadiah pantas. “Waktu dia kat US dulu, takkanlah dia duduk saja. Entah-entah dah berapa ramai jantan dilayannya. Kau tu aja yang bodoh menunggu dia macam menunggu buah yang tak gugur. Ada calon isteri yang baik, kau tak mahu pulak. Masih juga nak mengharapkan betina tu.”
“Mak!!” meninggi suara Hadi tiba-tiba. Tuduhan itu langsung tidak boleh diterimanya.
“Kenapa? Kau tak percaya? Kalau dah keturunan tak bermaruah macam tu. Tak mustahil, Hadi. Mak tak mahu kau besok gigit jari kena kelentong dengan betina tu.”
Hadi menggeleng perlahan. Tidak! Dia sedikit pun tidak percaya Qay begitu. Dia tahu emaknya sekadar mahu menanam rasa benci di hatinya kepada Qay.
“Apa-apa sekalipun mak tetap nak kau kahwin dengan Suria. Muktamad!”
“Hadi tak mahu, mak. Kenapalah mak tak mahu faham? Esok-esok yang juga merana siapa? Suria tu, mak! Hadi tak mampu nak beristeri dua ni. Hadi tahu Hadi takkan boleh berlaku adil pada Suria,” tekan Hadi juga dengan pendiriannya.
“Kau ni memang butalah, Hadi. Kau menunggu betina tu bertahun-tahun. Kau langsung tak kasihankan Suria yang sayangkan kau bersungguh-sungguh. Perasaan dia kau nak campak mana? Dia tu perempuan yang baik. Dia tak pernah berhenti cintakan kau selama ini. Perempuan macam nilah yang orang cari. Bukannya sekejap ada. Kemudian bila dah bosan hilang macam tu aja!” riuh rendah dapur itu akibat bebelan Mak cik Saadiah kepada anak lelakinya itu.
“Susahlah bercakap dengan mak ni,” getus Hadi mula mengangkat punggung. Dia sudah tidak tahan dengan bebelan emaknya. Cacian emaknya kepada Qay membuatkan jiwanya merana.
“Kau jangan mimpi mak nak terima dia, Hadi. Jangan jejak rumah ni dengan betina tu. Aku tak suka!”
“Sampai bila, mak? Semua orang buat salah. Macam tu jugak dengan Qay. Apa salahnya kalau mak maafkan dia. Dia tak pernah cakap buruk-buruk tentang mak pada Hadi selama ni.”
“Huh! Betina macam tu tak layak jadi menantu aku. Kau tak payah nak pujuk aku supaya terima dia. Aku tak ingin jadi bodoh macam kau. Kalau aku jadi kau, tak ingin aku kutip perempuan yang dah jatuhkan maruah aku! Kau tu jantan dayus!” Mak cik Saadiah menyambut cepat.
Kepala yang tidak gatal mula digaru Hadi. Sakit telinganya mendengar setiap bilah kata emaknya itu.
“Kau jangan nak mengelak lagi, Hadi. Kau jangan lupa, aku ni mak kau! Tak selamat dunia akhirat kau kalau kau ingkar cakap mak kau ni. Apa yang aku tentukan itu yang terbaik untuk kau,” ucap Mak cik Saadiah bersungguh.
“Hadi bukannya nak melawan cakap mak. Hadi cuma minta mak restui hubungan Hadi dengan Qay. Hanya itu, mak! Hadi tak pernah termimpi nak jadi anak derhaka. Takkan mak langsung tak kasihankan Hadi?” balas Hadi agak tertekan nadanya. Dia sudah habis asa mahu memujuk emaknya itu.
“Pandangan kau tu buta sebab kau tu dikaburi dek kecantikan betina tu. Sebab tu kau sanggup jilat ludah kau sendiri!”
“Qay tak macam tu, mak. Tolonglah faham kehendak Hadi sekali ni. Qay tu tengah mengandungkan anak Hadi. Kalau dia tahu tentang semua ni, apalah perasaan dia,” tekan Hadi sambil menggeleng sendiri.
“Kalau dengan Suria tu berpuluh anak kau boleh dapat, Hadi.”
“Masalahnya Suria bukan isteri Hadi..” bantah Hadi agak rendah.
“Sekarang ni aku nak kau jadikan Suria tu isteri kau! Kau ni memang tak faham bahasa ya? Aku kata aku tak suka Qay tu. Tak suka! Semenjak dulu aku memang tak berkenan dengan perangai bini kau tu, Hadi. Dia tu memang tak pernahnya nak menyenangkan hati aku. Sebab dia kau ni jadi anak yang degil! Puas aku panggil kau balik, baru kau nak balik. Kalau tak jalan ke rumah ni pun kau dah tak ingat. Seronok sangat mengulit betina tu di KL sana. Dulu dia yang buat keluarga ni habis porak peranda. Memang dasar tak tahu diuntung punya menantu. Kalau dah keturunan tak elok tu, memang tak eloklah jadinya!” lontaran kata-kata itu cukup laju diluahkan Mak cik Saadiah. Satu nafas aja diluahkannya menandakan kebenciannya sudah terlalu tepu kepada menantunya itu.
Hadi hanya diam sambil membawa dirinya naik ke lantai atas rumah. Teliganya sudah tidak tahan lagi menadah cacian emaknya kepada Qay.
Mak cik Saadiah mendengus tidak puas hati melihat kebisuan anaknya itu. Selagi dia tidak melihat Hadi menceraikan Qay, selagi itulah hatinya tidak puas. Dia tidak rela menerima keturunan Al Fateh itu di dalam keluarganya.
“Bodoh! Betina tak guna tu jugak nak dihadapnya. Apa kurangnya si Suria tu? Semuanya ada!” bebel Mak cik Saadiah sendiri.
Petang itu Suria sengaja bertandang ke rumah Mak cik Saadiah. Awal-awal lagi dia sudah diberitahu yang Hadi pulang ke kampung.
“Abang Hadi..” sapa Suria kepada tunangnya itu yang sedang termenung di tangga.
“Hmm..” jawab Hadi acuh tidak acuh.
“Lama Su tak jumpa abang. Abang sihat?” tanya gadis itu lembut.
Hadi tidak menjawab. Memandang Suria juga tidak. Fikirannya hanya sarat dengan bayangan isterinya di rumah mertuanya.
“Abang, macamana dengan Su ni?”
“Aku dah kata aku tak mahu kahwin, Suria! Kenapa semua orang asyik nak paksa aku ni?” jawab Hadi pantas dengan sedikit tolehan tajam.
“Malu Su, abang. Mana Su nak letak maruah keluarga Su?” tekan Suria sayu dengan jawapan Hadi. Mudah benar lelaki itu berkata begitu kepadanya. Seolah-olah dia tidak punya perasaan.
“Dah lama sangat kita bertunang, abang. Apa orang kampung kata nanti kalau abang putuskan hubungan kita macam tu aja?”
“Apa yang kau nak sangat dengan aku ni, Suria? Aku dah ada isteri! Kau tak faham ke?”
“Tapi dulu kenapa abang bertunang jugak dengan Suria kalau abang dah tahu yang abang ada isteri?” sanggah Suria pantas.
Hadi mula terdiam sambil menghela nafas keras. Hakikatnya dia dipaksa. Didesak sehingga dia sudah tidak tahan. Akhirnya dia bersetuju juga untuk membuatkan emaknya puas hati. Tetapi sekarang hatinya benar-benar tidak rela. Macamana dia mahu meneruskan semua ini dalam keadaan hatinya sarat oleh rasa cinta kepada Qay?
“Su sanggup terima abang walaupun abang dah ada isteri lain,” ucap Suria lagi.
“Kau takkan bahagia dengan aku kalau kau teruskan juga, Suria. Kau akan menyesal nanti.”
“Su akan bahagiakan abang. Su cuma minta abang berikan sedikit ruang untuk Su menumpang kasih abang.”
Hadi menggeleng berkali-kali. Bicara Suria semakin menyakitkan kepalanya yang sedang berserabut itu. Tanpa menunggu lagi dia terus bangun.
“Abang..” panggil Suria penuh lemah gemalai. “Abang Hadi, Su belum habis cakap lagi.
“Sudah! Aku malas nak dengar!” Hadi terus bangun masuk ke dalam rumah. Kedatangan Suria hanya membuatkan dia semakin panas punggung di situ. Dia mahu segera balik kepada anak dan isterinya.
Pak cik Hambali segera menegur tatkala ternampak anak lelakinya sudah menukar baju lain. “Nak ke mana, Hadi?”
“Hadi nak balik, ayah..” jawab Hadi rendah sahaja. Sengaja dia tidak menyebut ke mana dia mahu pulang sebenarnya. Bimbang emaknya pergi menurut dia di situ.
“Pergilah. Semenjak kamu ada ni, rumah ni bingit jadinya. Ayah pun dah pening jadinya.” Pak cik Hambali segera bersetuju.
“Terima kasih, ayah. Hadi pergi dulu.” Cepat-cepat Hadi berlalu dari situ. Bimbang jika emaknya ternampak memetir lagi emaknya.
Sepuluh minit memandu Hadi tiba di rumah mertuanya. Qay sedang minum petang bersama emak mertuanya. Ayah mertuanya memang tiada semenjak dua hari yang lalu.
“Awal abang balik?” sapa Qay lantas mendekati Hadi dengan perut yang sudah mula memboyot. Tangan lelaki itu diraihnya lalu diciumnya.
“Sakit telinga..” jawab Hadi perlahan.
Qay buat-buat tidak dengar jawapan Hadi. Lelaki itu diajaknya minum petang bersama dengan emak dan anak mereka.
“Uwo mana?” tanya Hadi hairan melihat ketiadaan nenek mertuanya itu.
“Uwo tidur. Belum bangun.”
“Mak dengan ayah Hadi sihat ke?” tanya Puan Azreena setelah Hadi melabuhkan duduk di hadapannya.
“Sihat, ma. Macam selalulah..” jawab Hadi biasa.
“Dah lama mama tak jumpa mak dengan ayah Hadi tu.”
Hadi sekadar tersenyum hambar. Nak berjumpa buat apa kalau emaknya tidak suka? Hadi buat-buat memandang anaknya yang sedang enak melahap wafer bersama ais krim dan cairan coklat tanpa memandang orang di sekelilingnya.
“Inas tak nampak ke ayah balik ni?” tegur Hadi lembut.
“Nampak..” jawab Inas sekadar memandang sekilas ayahnya itu. Wafer di dalam pinggannya itu terus dimakannya penuh selera.
“Tak pelawa ayah pun makan tu ya? Nampak macam sedap aja wafer Inas tu? Habis mulut comot dengan coklat,” ucap Hadi mesra.
“Ayah pergi buat sendiri kat dalam. Ini Inas punya,” jawab anak itu selamba.
Puan Azreena ketawa serentak dengan Qay melihat gelagat Inas.
“Amboi.. macam tu jawab kat ayah ya? Tak sayang ayahlah tu!” getus Hadi lantas mengusap rambut anaknya itu. Perlahan kepala anaknya itu dikucupnya penuh kasih. Seketika kemudian Hadi mencari wajah isterinya. Kemudian pandangannya jatuh ke perut Qay yang sudah berusia 6 bulan itu.
“Qay ada beritahu mama yang dia nak bersalin di sini, Hadi.” Puan Azreena bersuara tatkala Hadi sedang mengusap perut anak perempuannya itu.
Hadi terus menoleh kepada emak mertuanya itu. “Hadi yang minta begitu, mama. Sekurang-kurangnya waktu Hadi sibuk kerja nanti mama ada temankan Qay.”
Puan Azreena terus mengangguk puas hati dengan pengakuan Hadi itu. Dia tidak mahu hal ini menjadi gaduh lagi nanti.
“Kalau ibu duduk sini, Inas nak duduk dengan siapa?” Inas yang mendengar perbualan orang tua di sekelilingnya itu segera menyampuk.
“Inas dengan ayahlah. Kita berdua aja. Nanti bila Inas cuti sekolah, kita baliklah sini tengok ibu dengan adik,” jawab Hadi lembut.
“Lama ke ibu duduk sini nanti, ayah?”
“Lama. Sampai ibu dah sihatlah.”
“Kenapa ibu tak duduk dengan kita aja kat sana? Kan Uwo ada?”
“Uwo pun duduk sini dengan nenek. Lagi senang kalau ibu duduk sini. Nenek ada, uwo ada, atuk pun ada. Nanti bila Inas dah habis sekolah kita baliklah sini jenguk ibu,” jawab Hadi sambil diperhatikan oleh Qay. Wanita itu hanya tersenyum memandang anaknya itu.
“Nanti sunyilah kalau ibu dengan uwo takde. Ayah dahlah selalu sibuk dengan kerja,” cebir anak itu perlahan.
“Sementara aja, sayang. Inas kena sekolah. Kalau Inas cuti sekolah, bolehlah duduk sini dengan ibu. Tapi tak bolehkan?” Qay pula yang menjawab dalam nada pujukan kepada anak daranya itu.
“Ayah lagi sunyi kalau ibu takde. Tapi nak buat macamanakan? Nanti ibu nak bersalin adik baru untuk Inas. Kita pun tak pandai jaga ibu. Terpaksalah ibu duduk dengan nenek kat sini,” ujar Hadi lantas memandang isterinya itu sekilas.
Inas akhirnya mengangguk-angguk akur kepada kata-kata ayahnya itu. Suapannya disambung semula tanpa mahu mempertikaikan lagi hal itu.

Hadi kembali memandang isterinya itu. Melihat wajah kesayangannya itu kekusutan fikirannya terbang entah ke mana. Sesungguhnya wajah itu membuatkan dia benar-benar terubat daripada segala kesakitan dan masalah.

“Qay nampak dari petang tadi abang lain macam aja. Mak abang ada cakap apa-apa ke?” tanya Qay malam itu.
“Takde apa-apa.”
“Iya ke? Kenapa muka abang waktu balik tadi nampak macam kusut sangat? Mak marah abang ke atau marah Qay?” tanya Qay masih tidak puas dengan jawapan kosong Hadi tadi.
Hadi menoleh setelah menyidai sejadahnya. “Takde apa-apa, sayang. Jangan fikirlah pasal mak abang tu.” Hadi lantas bergerak naik ke atas katil. Wanita itu yang sedang duduk bersandar di kepala katil dirapatinya.
“Mak marahkan Qay ya? Mak abang masih tak boleh terima Qay. Sebab tu abang tak ajak pun Qay balik rumah keluarga abang petang tadi.”
“Qay, tak payah fikirlah. Itu semua biar abang yang selesaikan. Abang tak mahu Qay tertekan dengan semua benda tu. Qay jaga aja baby kita ni baik-baik,” pujuk Hadi lembut.
Qay mengeluh perlahan. “Entah sampai bila mak abang nak pinggirkan Qay. Qay tak merasa hidup macam orang lain. Ada mak mertua yang sayang pada Qay.”
Hadi diam. Kasihan benar dia melihat isterinya itu. Tetapi apakan daya. Dia masih tidak mampu melembutkan hati emaknya.
“Qay cuma tak mahu mak abang anggap Qay yang sebabkan abang tak lekat di rumah sana. Qay tak pernah berniat macam tu,” ujar Qay membelah kebisuan Hadi.
“Abang tahu, sayang. Sabar ya? Lama-lama nanti mak akan terima Qay jugak.” Hadi menjawab perlahan. Hakikatnya dia tidak mahu terus berada di sana kerana Suria ada di sana petang tadi. Bukan sebab Qay. Tetapi sengaja dia tidak menyebut nama Suria kerana dia tidak mahu perasaan Qay tercalar.
Qay sekadar mengangguk. Hadi meraih jemari isterinya lalu dikucupnya lembut. “Rehatlah..” bisik Hadi lembut.
Qay akur. Dengan penuh hati-hati tubuhnya dibaringkan ke tilam penuh hati-hati. Hadi mengusap lagi perut isterinya itu.
“Anak ayah ni jangan nakal-nakal kat dalam ni. Kesian ibu selalu penat usung anak ayah ni sana sini,” ucap Hadi lembut.
Qay sempat ketawa memandang suaminya itu. Walaupun sepanjang kehamilannya ini dia tidaklah selalu mendapat perhatian Hadi. Namun dia tetap bahagia kerana dia tahu cahaya mata ini adalah pengikat kasih sayang mereka berdua setiap kali mereka sibuk dengan kerja masing-masing.
Hadi mula berbaring menghadap isterinya itu. Entah kenapa saat terpandangkan renungan Qay hatinya sayu. Dia berharap suatu hari nanti dia dapat memberikan kebahagiaan yang berhak diterima oleh Qay atas kesetiaan dan kesabaran Qay selama ini. Harap-harap emaknya dapat menerima Qay tanpa ada dendam di hati.
“Kenapa abang macam sedih aja?” tanya Qay tatkala pandangan sayu Hadi terbias di matanya.
“Takdelah. Kenapa pulak abang nak sedih?” jawab Hadi lembut. Pipi isterinya itu diusap penuh kasih. “Abang nak Qay tahu, abang tak pernah berhenti sayangkan Qay selama ini. Dalam hati abang, Qay adalah segala-galanya untuk abang. Abang bahagia bila tengok anak-anak abang mendapat kasih sayang dari seorang wanita seperti Qay.” Hadi menyambung kata dalam bisikan lembut. Bibirnya tersenyum merenung wajah itu.
“Kenapa abang cakap macam ni? Macam Qay ni mak tiri pulak?” getus Qay hairan.
Hadi ketawa lembut. “Apa pulak mak tiri? Anak-anak abangkan lahir daripada rahim Qay?” ucap Hadi lembut.
“Habis tu yang romantik sangat ni kenapa? Mesti ada apa-apa ni.”
“Mana ada niat apa-apa. Tak boleh ke nak romantik sekali sekala? Abang cakap macam ni sebab abang sayangkan Qay,” sanggah Hadi dalam nada lembut.
“Qay pun sayangkan abang sangat-sangat..” balas Qay perlahan. Tangannya mula naik ke wajah Hadi. Raut tampan itu diusapnya penuh rasa kasih yang menggebu.
Hadi terdiam menahan perasaan asyik oleh belaian wanita itu. Dalam mata yang kian redup dia terus memandang raut wanita di hadapan matanya itu. Sehingga akhirnya jemarinya ikut menyentuh dagu Qay. Ibu jarinya digesekkan pada bibir bawah isterinya itu.
“Seksinya. Cium karang, baru tahu..” bisik Hadi miang.
Spontan Qay memukul tangan suaminya. “Mengada!” degus wanita itu.

Hadi tergelak melihat reaksi Qay. Perlahan tubuh wanita itu dirangkulnya penuh kasih sayang. Di hatinya ini hanya ada Qay. Namun dia tidak tahu bagaimana kehidupannya nanti jika Suria dipaksa mencelah ruang di antara dia dan Qay. Harap-harap semua itu tidak akan terjadi. Dia tidak mahu kebahagiaan yang dirasainya saat ini tercalar oleh kehadiran orang ketiga!

Sabtu, 7 Disember 2013

BABA 40

“Wei.. kau kenal tak siapa minah tu?” lelaki bernama Syariff itu menjerit agak kuat di lubang telinga Fadhil.
“Mana?” soal Fadhil pantas apabila temannya itu menyebut tentang ‘minah’ bermakna perempuan. Itu dia memang pantang besar! Mesti lekas ambil tahu.
“Tu yang tengah high kat tengah tu.” Syariff memuncungkan bibirnya ke tengah lantai tarian kelab malam itu. Tajam benar matanya memerhatikan gelagat gerangan manusia yang dipanggil Minah itu dalam suasana di dalam situ agak kabur. Sudahlah kabur.. padat pula dengan manusia yang ada masalah kesukaran tidur malam dan yang suka pada tempat sesak.
Fadhil terus memerhatikan lantai tarian itu agak lama. Setelah beberapa ketika dia memandang barulah gerangan si Minah dapat dicamkannya. “Suria..” ucapnya spontan dan agak terkejut. Sudah lama dia tidak melihat gadis itu.
“Tu Suriakan? Kawan sekolah kita dulu.” Syariff turut menyebut nama yang sama.
“Kawan? Takde maknanya dia tu aku nak panggil kawan.” Fadhil mencemuh tanpa dapat mengalihkan pandangannya darpada tubuh yang sedang terliuk lentok kemabukan. Dia masih tidak lupa gelaran demi gelaran yang pernah dilemparkan Suria kepadanya. Gemuk.. badak air.. gendut.. semua itu sudah masak di telinganya.
“Kita tegur dia nak?” ajak Syariff. Sudah lama dia tidak bertemu Suria semenjak kebelakangan ini. Dia sendiri tidak tahu apa perkembangan Suria yang terkini. Namun rupa paras Suria memang tidak jauh berubah walaupun gaya sudah terlalu jauh mengikut cara wanita barat.
“Tak nak aku! Karang dia malukan aku lagi. Bagi suwei aja bercakap dengan dia tu!” Fadhil pantas menolak. Untuk apa berbasi basa dengan perempuan itu? Buang karan aja!
“Relaxlah kawan.. kisah lama buat apa nak ungkit lagi?” usik Syariff lantas ketawa kecil. Dia tahu Fadhil masih terasa hati dengan semua perbuatan Suria ketika di zaman sekolah mereka dahulu. Walaupun sudah cukup lama meninggalkan alam persekolahan namun mana mungkin semua itu dapat dilupakan Fadhil. Walaupun semenjak hidup di kota besar ini fizikal Fadhil sudah tidak sebulat dulu. Mungkin angkara perencah mee segera Fadhil berubah menjadi seramping sekarang.
“Kau senanglah cakap. Dia bukannya ada kacau kau. Aku ni dah jenuh kena buli dengan dia dulu!” tempelak Fadhil bengang. Hilang moodnya untuk bergembira apabila ternampak ‘Minah’ itu.
Syariff ketawa kecil. Bahu Fadhil ditepuknya perlahan. “Inilah masanya kau nak ambil balik maruah kau dari dia. Dia tengah lalok tu. Senang nak ayat. Lagipun otak tengah mereng macam tu bukannya dia cam kau sangat pun!” Syariff segera membisikkan hasutan dengan cukup lembut. Dia juga sebenarnya tidak suka lagak Suria ketika di sekolah dahulu. Malahan ketika keluarga Suria ditimpa mala petaka iaitu saat ayah Suria meninggal dunia dia antara orang yang bertepuk tangan meraikan mala petaka itu. Langsung tidak terdetik rasa simpatinya melihat nasib Suria.
 Fadhil mula memandang Syariff. Ada kerdipan penuh makna diberikan Syariff kepadanya. Malah matanya bagaikan sudah terlihat kelipan mentol menyala di atas kepala Syariff di antara dua tanduk yang tiba-tiba muncul. Dia mula tersenyum, tertarik dengan idea itu.
“Aku panggilkan kejap. Kau tunggu sini.”
Fadhil akur sahaja lantas membiarkan Syariff berlalu. Sambil itu perhatiannya dipusatkan kepada Syariff yang mula mendekati Suria yang masih hayal dan hanyut di lantai tarian berseorangan. Perlahan-lahan Syariff mendekati Suria. Buat seketika mereka menari berdua. Suria kelihatan amat mudah melayan Syariff. Entahkan dia kenal entahkan tidak Suria dengan Syariff, Fadhil sendiri tidak tahu. Tapi apa yang pasti jika Suria mudah percaya kepada lelaki asing maka semakin mudahlah dia untuk merencanakan sesuatu istimewa buat gadis itu. Di kampung gadis itu memang hebat. Tetapi sekarang mereka bebas dengan cara hidup di Kuala Lumpur. Gadis itu sekadar sebutir pasir tenggelam di dalam ribuan pasir yang lain. Tiada kelebihan lagi!
“Kau tahulah nasib kau lepas ni, Suria! Aku akan buat sampai kau menyembah kat hujung kaki aku!” desis hati Fadhil penuh dendam.
15 minit kemudian gadis itu sudah berjaya ‘dipukat’ oleh Syariff. Suria berjalan dengam liuk lentok menggodanya ke arah meja Fadhil. Wajah itu cukup ceria tanda sedang berhiburlah sangat! Langsung dia tidak sedar bot pukat yang sedang menunggu untuk membawa dia ke suatu tempat untuk disiang dan dilapah. Fadhil tersenyum puas hati melihat usaha sahabatnya itu berjaya.
Setelah menogok lagi beberapa gelas minuman keras, Suria semakin tidak sedar akan sekelilingnya. Dia layu di kerusinya akibat penangan dadah khayal dan arak. Syariff dan Fadhil saling berpandangan dengan senyum gembira. Tika yang dinantikan nampaknya sudah pun menjelma. Lalu gadis itu dibawa pergi tanpa menunggu lagi.
Apa yang berlaku selepas itu Allah akan menjadi saksinya manakala malaikat di sebelah kiri akan mencatatnya untuk sama-sama di saksikan di hadapan Allah nanti. Nauzubillah.. semoga mereka bertaubat akhirnya.

“Janganlah, abang. Sudahlah tu..” Qay tergelak kuat sambil menolak wajah lelaki itu jauh daripadanya.
“Tengok tu? Kedekut!” rengus Hadi sambil merenung isterinya tajam.
“Kedekut apanya? Lemaslah..” keluh wanita itu sambil menolak tubuh lelaki itu dari atas tubuhnya.
Hadi mula mengalihkan tubuhnya. Dia berbaring di sebelah wanita itu. Namun tubuh berbalut comforter itu dipeluknya lagi. “Abang tengok Qay macam pucat aja sekarang. Qay sihat ke?” soal Hadi perlahan.
“Sihat..” jawab wanita itu dalam mata yang terpejam. Lengan lelaki itu diusap manja. Senang hatinya dengan perhatian lelaki itu.
“Emm.. habis tu kenapa? Kita nak dapat baby ke?” soal Hadi dengan suara separuh tenggelam di sebalik tubuh wanita itu.
Qay terus ketawa. “Pandai ajalah dia ni. Mana ada nak dapat baby tu semua!” degus Qay pantas. Wajah lelaki di sisinya itu dipandang seketika sebelum menyambung tawanya.
“Ye ke? Kenapa pulak takde?” duga Hadi mesra.
“Jangan nak mengarutlah, abang. Takde mananya Qay mengandung. Qay takde rasa apa-apa pun sekarang ni. Semuanya okay je,” ucap Qay selamba.
“Hmm.. nampaknya kenalah usaha lebih keras lagi. Barulah Inas boleh ada adik,” ujar Hadi sambil menelentang memandang ke atas.
“Tadi dah usaha cukup. Enough for tonight! I’m so tired now,” balas Qay selamba. Selimut yang membaluti tubuhnya ditarik tinggi sambil memejamkan mata. Malas dia mahu melayan ragam suaminya itu lagi. Kalau dilayan mahu sampai ke subuh dia tidak dapat tidur.
“Tengok tu? Cepatnya nak tidur.” Hadi mendecit perlahan. Wanita itu kembali dipeluknya. “Abang belum mengantuk ni. Kita sembanglah kejap,” pujuk Hadi dengan suara mula mendayu-dayu.
“Pergilah tengok tv. Qay letih sangat ni, abang. Dah tak larat nak berborak lagi. Bagilah Qay rehat sekejap,” rayu wanita itu lembut.
“Sayang..” pujuk Hadi lagi.
“Apa?” balas Qay mula lemah. Wajah lelaki itu kembali dipandangnya.
Melihat wanita itu kembali memandangnya Hadi tidak membuang masa. Tubuh itu ditarik dekat kepadanya.
“Peluk abang dulu. Baru boleh tidur,” bisiknya lembut. Dahi wanita itu dikucupnya penuh kasih sayang. Bukan sekadar hubungan seksual yang dimahukannya daripada wanita ini. Tapi dia tidak mahu membiarkan ada ruang kekosongan mencelah antara mereka.
Qay tersenyum manis kepada suaminya itu. pelukan lelaki itu terus dibalas erat. “Hanya di sinilah tempat yang paling selesa dan selamat untuk Qay, abang. Qay Cuma nak tidur dalam pelukan abang setiap hari. Macam ni..” bisik Qay asyik. Kehangatan tubuh lelaki itu membuatkan dia semakin selesa di bawah kedinginan aircond bilik tidur itu.
“Kalau macam tu jangan pergi jauh dari abang lagi,” balas Hadi lantas mencium rambut isterinya itu. Harumannya membuatkan dia terpesona lagi buat kesekian kalinya.
Qay menggeleng perlahan. “Percayalah.. ke mana pun Qay pergi, akhirnya Qay akan kembali pada abang semula. Qay tahu semua ni takkan sama lagi nanti. Tapi Qay nak lalui keadaan ni seadanya.”
“Love you so much, baby..” bisik Hadi tidak tertahan.
“Love you too, darling. Very much!” wanita itu membalas penuh kepasrahan. Tiada kalimat yang lebih manis di telinga saat ini melainkan ucapan kasih dari suami tersayang. Selagi ada peluang dia mahu terus mendengarnya. Dia tidak akan jemu. Sama sekali tidak! Kerana dia tahu akan sampai masanya Hadi terpaksa mengucapkan kalimah itu kepada wanita lain juga.

Masin mulut Hadi..
Alat ujian kehamilan itu dipandang Qay berkali-kali untuk memastikan apa yang dilihatnya itu tidak tersilap. Dua garis yang timbul membuatkan dia yakin. Memang benar kata suaminya beberapa hari yang lepas. Dia hamil. Qay tersenyum memandang wajahnya dicermin. Dia tidak pernah merancang untuk mendapat cahaya mata lagi. Tetapi berita ini memang benar-benar menggembirakan.
“Kenapa?” soal Hadi tatkala ternampak isterinya tersenyum sebaik sahaja keluar daripada kamar mandi.
Qay sekadar menggeleng. “Pergilah mandi cepat.”
Hadi sempat mengerut kening memandang gelagat wanita itu. namun mengenangkan dia mahu ke pejabat sekejap lagi dia terus masuk ke bilik air. Tidak sampai 5 minit kemudian dia kembali keluar.
“Qay ada nak cakap apa-apa dengan abang ke?” soal Hadi sambil memandang belakang isterinya itu.
“Qay nak pergi klinik pagi ni,” ucap Qay lantas tersenyum manis.

Bicara itu turut disambut oleh senyuman daripada Hadi. Namun senyum itu mula berganti tawa gembira. Ya Tuhan.. berita di awal pagi itu benar-benar memberikan dia sinar rahmat kepada hidupnya. Ikutkan hati tubuh isterinya itu mahu dipeluknya. Namun menyedari Qay mahu bersolat subuh dia terpaksa membatalkan hasratnya.

Khamis, 5 Disember 2013

BABA 39

Hadi memandang sekeliling. Nyaman rasanya berada di puncak bukit itu. Selesa rasanya berada di situ tanpa kehadiran ramai pengunjung lain. Di tempat mereka berdiri itu, pernah kaki mereka melakar sejarah berada di situ lebih berbelas tahun dulu. Pernah mata mereka memandang ke arah yang sama suatu masa dulu. Di sini juga pernah mereka merasa kehangatan perasaan cinta antara satu sama lain.
“Bukit Malawati.. abang tak pernah lupakan tempat ni,” ucap Hadi perlahan kepada wanita yang berada di sisinya itu. Bibirnya tersenyum sambil memaut bahu Qay rapat kepadanya.
Qay tergelak perlahan. Ya! mereka pernah memahat memori percintaan zaman sekolah di sini dahulu. Memang indah jika dikenang waktu itu. Saat ini dia merasakan seolah-olah masa sedang berpatah semula membawa mereka pulang ke sana.
“Abang pernah datang sini sebelum ni. Boleh dikatakan selalu..” ucap Hadi agak perlahan. “Bila abang rindu, abang datang sini. Abang duduk di tempat yang sama kita duduk dulu. Kadang-kadang abang cari monyet-monyet yang ada dengan kita waktu tu. Entah ada lagi entah tidak,” ucap Hadi lagi agak rendah. Sayu dia mengenangkan saat itu. Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa tebalnya kepedihan hatinya.
Hadi mengalihkan pandangannya kepada Qay. “Abang merana selama ini, Qay. Abang rasa sedih sangat setiap kali abang datang ke sini. Qay dah takde lagi dengan abang. Hanya Tuhan saja yang tahu apa yang abang rasa waktu tu. Abang pernah bawak Inas datang ke sini. Tapi dia tak pernah tahu kenapa abang bawa dia ke sini dulu,” ucap Hadi perlahan.
Qay terus terdiam. Namun sayu hatinya mendengar kata-kata Hadi. Hakikatnya bukan Hadi seorang yang merana. Dia lebih merana kerana terpisah daripada anak kandungnya sendiri. Hadi tidak pernah tahu apa pula yang berlaku kepada dirinya selama mereka terpisah. Mereka berdua melakar cerita mereka sendiri.
Hadi tiba-tiba menarik Qay menghadap kepadanya. Buat seketika bibirnya dilekapkan di dahi wanita itu. Kedua-dua belah pipi wanita itu dipegangnya erat. “Jangan tinggalkan abang lagi, sayang. Abang tak sanggup melalui keadaan tu berkali-kali. Abang perlukan Qay untuk Inas dan diri abang sendiri. Abang tak tahu apa nak buat dengan hidup abang ni tanpa Qay di sisi abang.”
Ulas bicara Hadi membuatkan dada Qay sayu. Berkaca matanya memandang Hadi. “I won’t!” ucapnya separuh berbisik lantas tubuh Hadi dipeluknya erat. Hakikatnya cintanya kepada Hadi tidak pernah berubah sedikit pun. Tidak pernah! Biarpun lebih 10 tahun mereka terpisah.
Hadi terus membalas pelukan Qay erat. Buat seketika dadanya cukup lapang. Hanya saat-saat bahagia ini yang mahu dinikmatinya sepuas-puas hati selagi masa mengizinkan. Biarlah dilupakan segalanya untuk seketika ini. Dia sangat-sangat memerlukan sedikit kekuatan untuk mengorak langkah kemudian nanti.
“Mak abang dengan Suria macamana?” soal Qay setelah tubuhnya dilepaskan Hadi.
Hadi menghela nafas perlahan. Soal itu dia sebenarnya masih belum tahu. “Abang akan berterus terang dengan mak dan Suria nanti,” ujar Hadi perlahan. Risiko yang menanti dia sudah tahu. Harap-harap masih ada jalan untuk dia memujuk hati keras emaknya itu.
“Mak abang lebih sukakan Suria berbanding Qay. Qay kena terima kenyataan.” Qay membalas lemah. Satu kenyataan itu sering sahaja membunuh keyakinan dirinya dalam pada dia membiarkan dirinya tega merebut kasih Hadi semula. Dia tidak ingin mengalah semudah itu. Tetapi dia juga sedar betapa besarnya kuasa emak mertuanya itu ke atas suaminya.
“Sayang, kita jangan fikir pasal tu dulu ya? Abang cuma nak kita ambil masa ni untuk diri kita sendiri. Mak dan Suria takde kat sini. Yang ada kita berdua. Abang tak mahu sesakkan fikiran dengan perkara yang tak mampu kita ubah buat masa ni.” Hadi berkata lembut. Rambut isterinya itu diusap lembut.
“Tapi sampai bila, abang?” desah Qay tidak senang dengan ucapan Hadi. Melengah-lengahkan masa tidak mampu menenangkan perasaannya. Sama sekali tidak!
“Entahlah! Abang pun tak tahu, sayang.”
Qay terdiam mendengar itu. Bermakna Hadi sendiri masih tidak punya jalan keluar selain daripada tunduk kepada emaknya. Lebih teruk lagi di antara dia dan Suria saat ini, dialah yang kelihatan seperti perempuan simpanan Hadi.
“Kita habiskan masa kat sini sekejap? Abang malas nak masuk pejabat.”
Qay sekadar mengangguk akur dengan kehendak suaminya itu. apa nak kisah? Tiada siapa boleh mempersoalkan ke mana dia dan Hadi pergi. Sementelah kepada Amanda dia sudah meninggalkan pesan yang dia ada hal di luar.
Sama seperti dahulu, aktiviti mereka di situ tiada lain sekadar melayan monyet-monyet yang meminta makan. Cuma apa yang mereka perasan jumlah monyet-monyet itu semakin bertambah berbanding dahulu. Seronok Qay melayan ragam mereka.
“Mana monyet yang ada misai macam abang tu? Ada lagi tak?”
“Tengok tu...” getus Hadi geram mendengar soal itu diungkap semula oleh Qay. Ada ke suami di samakan dengan monyet? Yang misai macam monyet ni jugaklah yang disayang-sayang. Qay sempat tergelak sambil memaut lengan lelaki itu.
“Alah! Gurau sikit je pun nak marah..”
“Ada ke muka hensem ni disamakan dengan monyet,” balas Hadi sambil menunding jari ke wajahnya. Ada nada bengang yang kedengaran.
Qay tergelak lagi memandang wajah masam kelat suaminya itu. “Yelah.. muka macam monyet pun Qay tetap sayang..”
“Siap Qay kejap lagi!”
Qay terus memandang Hadi dengan riak penuh tanda tanya. “Kenapa dengan kejap lagi?” soalnya. Hadi terus memandang ke arah lain pura-pura tidak mendengar.
Geram dengan ulah lelaki itu, lengan Hadi dicubitnya. “Cakaplah cepat!”
“Takde apa-apa..” jawab Hadi bersahaja. “Dahlah! Jom balik. Abang dah lapar ni,” ucap Hadi tidak mahu terus berada di kalangan monyet itu lagi. Nanti ada pulak timbul seekor yang muka sama macam dia.
Qay sekadar menurut apabila Hadi menarik tangannya.
Beberapa minit sebelum maghrib menjelma barulah mereka tiba di Shah Alam semula. Kereta Hadi berhenti di hadapan rumahnya. Qay sempat memandang sekeliling. Namun mengenangkan waktu sudah kelam dia tidak mahu banyak soal lagi. Mereka terus masuk ke dalam.
Sangkanya usai solat maghrib Hadi akan menghantar dia pulang ke rumah. Namun dia lihat lelaki itu bersenang lenang pula di ruang tamu sambil menonton berita di tv sedangkan dia sudah risaukan anaknya di rumah. Pagi tadi sudah berjanji akan pulang awal ke rumah. Tetapi sayangnya dalam waktu begini dia masih di luar.
“Abang, hantar Qay balik cepat,” pinta Qay sambil memandang lelaki itu.
“Nantilah. Lepas Isyak nanti,” jawab Hadi selamba.
Qay mendegus seketika. Namun memikirkan Isyak hanya beberapa minit sahaja lagi dia akur juga. Namun usai solat Isyak lain pula ceritanya. Dia disuruh memasak pula. Lapar kata Hadi. Terpaksalah dia akur walaupun kerisauannya sudah tidak bertebing memikirkan Inas. Sangkanya lepas makan nanti Hadi pasti akan menunaikan janjinya.
Tetapi selepas kenyang makan Hadi meminta dia buatkan air pula sementara lelaki itu kembali bersenang lenang dengan kain pelekatnya di hadapan tv. Sekali lagi dia akur dengan harapan lelaki itu segera menghantar dia pulang selepas itu. tetapi hatinya sebal yang teramat sangat apabila melihat Hadi sengaja berlengah-lengah. Air yang dibancuh dihirup sedikit-sedikit sedangkan dia sudah jenuh menunggu.
“Cepatlah, abang!” degus Qay mula geram melihat lelaki itu.
“Nak balik cepat sangat nak buat apa?” soal Hadi selamba.
Qay mula mendecit geram. “Tadi abang janji nak hantar Qay balik. Cepatlah. Inas kat rumah tu takde siapa temankan,” getus Qay sedikit menekan.
Hadi menoleh kepada wanita itu. Bibirnya tersenyum tiba-tiba. “Duduklah dengan abang kejap. Inas tu ramai yang boleh temankan dia. Abang ni sorang-sorang aja kat sini,” pujuknya lembut. Tubuh wanita itu mula dipautnya dekat kepadanya.
“Abang main-mainkan Qay ke ni?” desis Qay. Spontan perut lelaki itu dicubitnya.
“Abang pun nak kena teman jugak,” bisik Hadi lembut. Pipi mulus wanita itu dikucup lembut, sengaja menghantar hasrat yang terpendam.
Qay mula terdiam. Wajah lelaki direnungnya seketika.
“Nanti abang hantar balik,” pujuk Hadi dengan renungan redupnya.
“Abang memang dah plan nak bawak Qay datang sini ke?” soal Qay mula curiga. Rumahnya dengan rumah Hadi bukannya jauh benar. Tetapi tadi lelaki itu sengaja melencongkan arah ke sini.
“Salah ke? Abang cuma nakkan privasi. Kat sana nanti Inas mengacau.” Hadi membalas sambil tersenyum. Lengan wanita itu diusapnya lembut.
“Semalam jual mahal sangat,” cebir Qay sambil menjeling.
“Yalah.. tapi abang dah beli. Nak tak nak kenalah gunakan sebaik-baiknya. Takkan nak tengok aja. Rugilah abang,” sambut Hadi sambil tergelak sedikit.
Jawapan itu dibalas dengan cubitan di lengan Hadi. “Inas tu..” kata-kata itu terputus di situ. Qay terkumpal-kumpal sendiri tatkala bibirnya dipagut Hadi tiba-tiba. Namun akhirnya tubuh lelaki itu dipaut juga.

Qay mengambil jam tangannya di atas meja tepi katil itu. Matanya yang sedikit kabur digesek beberapa kali sebelum melihat waktu saat itu. Spontan matanya terbeliak. Astaghafirullah.. dah pukul 3 pagi! Kalut dia bangun dari katil itu. Tanpa memandang kiri kanan dia terus masuk ke bilik air. Hanya satu yang ada di fikirannya. Inas! Pagi tadi dia berjanji akan pulang awal. Tetapi sayangnya jam ini dia masih di luar.
Keluar daripada bilik air Qay terus menerpa kepada Hadi. “Abang, bangun. Hantar Qay balik!” ucap Qay sambil menggoyangkan lelaki itu.
“Hmm..” jawab Hadi malas.
“Cepatlah! Dah pukul 3 pagi ni,” getus Qay sedikit gusar tatkala melihat Hadi dengan senang hati menyambung lena. Tubuh lelaki itu kembali digoncangnya.
“Alah! Baru pukul 3 pagi..” ucap Hadi dalam mata terpejam.
Qay mula mendecit. “Bangunlah. Inas kat rumah sorang-sorang, abang.”
Hadi kembali membuka mata. “Kan uwo ada dengan Inas kat rumah sana. Apa nak risau. Inas tu dah besar.” Hadi menjawab biasa.
Qay menghela nafas tidak senang dengan jawapan suaminya itu. Senang aja dia bercakap. Dia separuh mati risaukan anaknya itu.
“Tak payahlah risau. Inas tahu jaga diri dia. Mari sini..” pujuk Hadi lantas menarik tubuh Qay berbaring di atasnya. Pinggang wanita itu dipeluknya erat sambil menghela nafas perlahan. Tidak terucap bahagianya hari ini tatkala melihat wanita idamannya kembali berada di dalam pelukannya. Betapa hatinya bersyukur diberikan kembali kesempatan menikmati manisnya cinta ini.
“Esok pagi abang hantar Qay balik. Malam ni kita tidur sini,” janji Hadi bersungguh.
“Betul?”
“Abang cuma nak berdua aja dengan Qay tanpa kehadiran orang lain. Malam ni aja,” bisik Hadi sambil tersenyum.  
Qay akhirnya meletakkan kepalanya di atas dada lelaki itu. Buat seketika mereka mula berdiam. Telinganya terus mendengar degupan jantung suaminya itu. Alhamdulillah.. dia bersyukur masih diberikan kesempatan untuk kembali kepada lelaki ini. Perlahan tubuh lelaki itu diusap lembut.
Hadi memandang isterinya seketika. Rambut wanita itu diusap penuh kasih sayang.
“Qay nak jadi isteri yang terbaik untuk abang. Qay tak mahu berjauhan dengan abang lagi. walaupun lepas ni takdir yang tertulis, Qay terpaksa berkongsi abang dengan orang lain Qay tak mahu terlepas dari abang,” ujar Qay perlahan.
Hadi tersenyum lembut mendengar ucapan wanita itu. “Abang takkan benarkan Qay pergi jauh dari abang lagi,” balas Hadi separuh berbisik.
Qay mula mendongak memandang suaminya itu. bibirnya mula mengorak senyum. “I love you so much, sayang. I can’t stop thinking of you,” balasnya juga separuh berbisik.
Hadi mengeluh perlahan. Bisikan itu membuatkan dadanya bergetar hebat. Akhirnya tubuh wanita itu ditolaknya sehingga terlentang di atas katil itu. “Don’t leave me alone. Abang tak mampu hidup tanpa Qay dan Inas. You’re my everything,” ucap Hadi separuh merayu.

“I won’t! I promise..” balas wanita itu pasrah bersama perasaan kasih yang sudah tidak terucap. Tubuh lelaki itu dipeluknya cukup erat. Tanpa kata-kata sekali lagi mereka berlayar ke lautan asmara yang penuh gelora.