Bab 1
Qairynn berlari anak mendekati sebatang tubuh sang lelaki berpakaian putih berkasut hitam itu. Rundu-randah dia menggalas beg sekolahnya yang agak sarat dengan buku teks dan buku latihannya itu selain di tangannya juga terdapat beberapa buah buku. Sedar dia sudah membiarkan lelaki itu menunggunya lama, Qairynn semakin melajukan langkahnya. Kain sekolah berwarna merah hati itu disinsing sedikit agar pergerakannya menjadi lebih laju untuk mendapatkan lelaki itu.
“Abang Aryan!”
panggil Qairynn dalam mengahan akibat kepenatan.
Aryan menoleh
pantas apabila mendengar namanya dipanggil seseorang. Apabila ternampak sahaja
wajah gadis yang gemar berrambut pendek seperti lelaki itu dia lantas menghela
nafas geram. “Lamanya? Penat abang tunggu kat sini. Rynn pergi mana?” soalnya
sedikit bengang. Terus dia bercekak pinggang di hadapan gadis yang gemar
berperawakan tomboi itu.
“Sorry,
tadi Rynn jumpa Puan Patricia. Dia banyak tanya..”
“Tanya pasal
apa?” soal Aryan mula lenyap rasa bengang berganti dengan rasa gusar. Nama
Patricia itu dimiliki oleh guru disiplin 1 yang terkenal dengan ketegasan dan
kebanyakan pelajar menggelarnya ‘singa betina’. Qairynn ada membuat masalah
disiplin sehingga terpaksa berurusan dengan wanita itu?
“Takde. Dia
tanya pasal duty hari ni itu aja. Lepas tu dia tegur rambut Rynn
pendek sangat. Dia suruh Rynn simpan rambut panjang pulak. Takpun jangan potong
terlalu pendek,” balas Qairynn selamba memberitahu butiran perbualannya dengan
guru berbangsa Serani itu.
Mendengar itu
Aryan terus tergelak. “Padan muka! Kan dah kena? Hari tu abang kata rambut Rynn
tu pendek sangat, tak mahu dengar. Nak sangat berambut macam lelaki. Nasib baik
Rynn pergi sekolah pakai baju kurung. Kalau tak memang boleh panggil abang
Qairynn dah,” ujar Aryan kemudian tanpa rasa bersalah dia terus menyambung
tawanya.
Qairynn hanya
mencebik sebagai balasan kata-kata Aryan itu. Langsung tidak kisah dengan
ejekan Aryan kepadanya. Dia sudah terbiasa! Dia tahu itu hanya sekadar usikan
dan senda gurau Aryan.
Tanpa
memperdulikan Aryan yang masih mengetawakannya dia terus keluar dari halaman
Sekolah Menengah Damansara Utama itu. Aryan lantas mengerkori langkah gadis
itu. Mereka berhenti di perhentian bas di hadapan sekolah itu untuk menunggu
bas seperti biasa. Bas 347 intrakota menuju ke Damansara biasanya akan melalui
kawasan itu.
“Balik nanti
makan kat rumah mama ya? Mama dah cakap dengan abang pagi tadi suruh ajak Rynn
makan kat rumah.” Anak muda itu berkata. Lembut dan mesra suaranya dialunkan
buat gadis itu.
“Okay. Tapi Rynn nak balik dulu. Tukar baju.
Nanti nenek marah lagi macam dulu.” Qairynn membalas sambil mengangguk.
“Tapi jangan
lama sangat. Abang dah lapar ni. Kalau lambat abang makan dulu. Abang
tinggalkan tulang ayam aja nanti,” ucap Aryan masih tidak jemu menyakat gadis
itu.
“Elleh!
Habiskanlah.. “ jawab Qairynn selamba sambil menjeling sekilas.
“Hmm.. geram
betul abang tengok adik abang ni. Meh sini.. abang nak seligi sikit.” Dengan
selamba Aryan mencubit membelit leher Qairynn dengan lengannya sehingga
terteleng gadis itu ke arahnya. Kepala gadis itu ditunjalnya geram.
Sekilas itu
tangan Aryan terus ditampar oleh Qaira yang kesakitan.
“Sakitlah!
Asyik ketuk kepala Rynn aja abang ni! Teruk betullah!” degus Qairynn tidak
senang dengan kelakuan Aryan. Sudah acap kali dirinya ini menjadi mangsa dera
Aryan yang agak kasar. Suka-suka hati aja nak ketuk kepala anak dara orang!
“Ala.. marah
ke? Abang luku sikit ajapun marah..” usik Aryan sambil terkekeh-kekeh ketawa.
Seronok melihat Qairynn terdera dengan usikannya.
Qairynn terus
menyepak kaki Aryan yang berjuntai di bawah. Tepat sekali kenanya ke buku lali
Aryan. Melolong Aryan entah kenapa.
“Patah kaki
abang!” degus Aryan sengaja meninggikan suara.
“Lantaklah!
Lembik! Baru kena sepak sikit dah menjerit macam sundder bolong!” ucap Qairynn
dengan wajah tidak berperasaan. Aryan mahu membalas namun sekali lagi Qairynn
memintas.
“Upps! Bas dah
sampai..” ucap Qairynn selamba tanpa mempedulikan Aryan yang mencuka kepadanya.
Sempat juga dia menjeling Aryan bersama senyum sinisnya sebelum bangun menahan
untuk bas itu.
Aryan mendegus
sendiri melihat gelagat Qairynn. “Nantilah! Abang akan balas balik! Tunggu
aja!” Namun Aryan akhirnya ikut berdiri menanti bas itu bersama Qairynn.
“Tomboi!” bisik
Aryan sengaja mengejek.
Qairynn hanya
buat pekak seolah-olah ejekan itu tidak melekap langsung di pendengarannya.
Tumpuannya kini pada bas yang sedang memperlahankan kelajuannya untuk menjemput
mereka berdua. Namun tiba-tiba dia teringat pula. Dia masih tidak menyediakan
tambang. Sepantas kilat dia menyeluk poket bajunya. Namun dek kerana di
tangannya terdapat banyak buku dia terkial-kial.
“Mari abang pegangkan buku tu,” ucap Aryan
lembut. Tanpa menanti jawapan Qairynn dia terus mengambilnya buku-buku amali
yang rata-ratanya agak tebal dan berat milik Qairynn.
“Terima kasih,”
balas Qairynn lantas tersenyum lembut. Kembang seketika hatinya dengan sikap
perihatin Aryan kepadanya. Entah kenapa dengan hanya sedikit kebaikan diberikan
kepadanya itu sudah membuat hatinya merasa cukup berbunga-bunga.
“Kasih mu ku
terima..” jawab Aryan sedikit nakal. Raut sang gadis sempat ditatapnya dari
tepi dengan senyum manisnya.
Malangnya bas
Intrakota itu sewaktu-waktu begini memang padat. Begitulah keadaan yang sering
mereka hadapi setiap hari. Hari ini sekali lagi mereka berhadapan kesesakan di
dalam perut bas itu. Qairynn dan Aryan terpaksa menyelinap serta
berhimpit-himpit dengan penumpang lain ditengah bas.
Aryan sempat
menatap raut Qairynn yang berdiri agak rapat dengannya. Hatinya segera dipagut
simpati melihat Qairynn yang kepayahan kerana tidak mempunyai tempat berpaut.
Spontan dia meraih tubuh si gadis lebih dekat dengannya. Pinggang gadis itu
dipautnya agar Qairynn tidak terjatuh akibat hayunan bas itu.
Qairynn menoleh
memandang Aryan. Bibirnya sekadar tersenyum biasa tanda merelai apa yang sedang
dilakukan Aryan kepadanya. Dia tahu Aryan sekadar mahu melindunginya. Aryan
sudah seperti abang kandungnya memandangkan dia tidak punya adik beradik
lelaki.
Aryan terdiam
saat matanya menjamah senyum manis gadis itu. Cute pulak aku tengok dia ni..
bisik hati Aryan sendiri.
20 minit
berdiri di dalam bas itu akhirnya mereka sampai di perhentian bas yang paling
hampir dengan rumah mereka. Kini mereka terpaksa mendaki pula untuk tiba ke
rumah mereka yang terletak di atas bukit. Dengan bebanan yang sedang digalas di
bahunya ini, separuh jalan saja Qairynn sudah pancit. Langkahnya perlahan
sedikit demi sedikit dia mula ketinggalan.
“Cepatlah
jalan!” laung Aryan saat terpandangkan Qairynn ketinggalan agak jauh darinya.
Langkahnya terhenti sambil memerhatikan Qairynn yang sudah tercungap-cungap.
“Penat! Tak
larat nak jalan dah ni..” jawab Qairynn sudah tidak berdaya lagi.
Aryan
menggeleng sedikit. Simpati dia melihat Qairynn. Dia terus menanti gadis itu
tiba di tempat dia berdiri.
“Alahai.. kesian adik abang ni. Meh! Biar
abang bawakkan beg Rynn tu,” ucap Aryan lantas beg dibahu Qairynn terus
diambilnya. Kini dia pula yang rundu randah jadinya dengan begnya sendiri,
buku-buku Qairynn dan kini beg Qairynn juga sudah dipikulnya secara sukarela.
Qairynn seger
menghela nafas kelegaan sebaik sahaja beg itu teralih dari bahunya. Rasa sakit
pada otot sekitar bahunya mula mereda. Namun kasihan pula dia melihat Aryan.
“Boleh ke, bang?” tanyanya sambil membuntuti Aryan untuk sampai ke rumah masing-masing.
“Boleh..” jawab
Aryan lantas tersenyum. Spontan dia mengusap rambut Qairynn tanda kasihnya
kepada gadis itu.
“Yalah.. orang
macho. Setakat bawak dua beg dengan buku-buku tu semua apalah sangat,” omel
Qairyyn dengan sengihnya.
“Tahu tak pe!
Rynn tak payah cakap pun abang dah biasa dengar tentang itu. Dah ramai orang
bagitahu yang abang ni macho. Abang reda je dengan takdir ni,” sambut Aryan
selamba dengan perasaan separuh bangga dilabelkan macho oleh Qairyyn. Bukan
senang dia mahu mendengar Qairyyn memujinya begitu.
“Puuiih!
Menyampah gila dengar benda tu!” getus Qairyyn tiba-tiba.
“Kenyataan
memang menyakitkan, Rynn. Abang faham,” giat Aryan lantas tersengih bagaikan
kerang.
“Bencilah
dengan orang perasan macam ni. Macam dia sorang aja yang macho kat dalam dunia
ni. Boleh blah!” cemik Qairynn semakin meluat. Kakinya segera dihayun laju
meninggalkan Aryan yang sudah tergelak seronok melihat reaksinya.
Bab 2
Seperti yang dikatakan awal tadi Qairynn pulang dahulu ke rumahnya. Bimbang neneknya akan marah jika dia terus ke rumah sebelah tanpa mandi dan bersolat zohor. Selesai menunaikan solat dia terus turun ke bawah.
“Ryn, makan yuk?”
Nong yang berkerja sebagai pembantu rumah itu segera menegur apabila ternampak
kelibat Qairynn di ruang tamu bersama buku-bukunya dari ambang dapur.
“Takpelah,
Nong. Rynn nak makan kat rumah mama dengan abang Aryan. Rynn pergi sana ya?
Nanti Nong bagitahu nenek tau. Rynn terus buat homework kat sana
dengan abang Aryan,” ucap Qairynn berserta sengihannya kepada wanita itu.
Tanpa menunggu
jawapan Nong, gadis itu terus berlari anak ke muka pintu. Selipar yang tersedia
di hadapan pintu disarungnya rakus. Tidak sabar benar rasanya mahu ke rumah
sebelah. Perutnya pun sudah berlagu irama heavy metal. Namun sebenarnya dia
tahu kegembiraan untuk menghabiskan masa yang ada bersama Aryan lebih mengatasi
sebab yang lain.
Setiba di rumah
‘jiran ku abang angkat ku’ Qairynn lihat Aryan sudah berada di ruang tamu. Elok
sahaja lelaki itu duduk di sofa sambil menonton tv.
“Abang dah makan
ke?” tanyanya dengan mata membulat sebaik sahaja masuk ke dalam rumah itu.
Senang hati benar Aryan dilihat tersandar di sofa. Macam orang sudah kenyang
aja gayanya.
“Tengah tunggu
minah sorang nilah! Terhegeh-hegeh!” jawab Aryan selamba sambil memandang Qairynn
sekilas sebelum kembali memusatkan pandangannya ke arah tv.
“Mama mana?”
tanya Qairynn sambil memandang ke tengah rumah. Tiada pula kelibat wanita yang
sedang dicari. Rumah itu sepi sahaja melainkan suara tv yang sedang dipandang
Aryan.
“Mam solat kat
atas. Jom makan. Abang dah lapar ni,” ajak Aryan lantas bangun dari sofa itu.
Pakaian sekolahnya sudah digantikan dengan seluar pendek dan t’shirt kolar
bulat berlambang Nike.
“Jom!” sambut
Qairynn teruja. Teruja dek kerana perut yang sudah kebuluran.
“Mama dah makan
ke?” tanya Qairynn saat di meja makan itu. Mereka sudahpun memulakan suapan
masing-masing. Lauk asam pedas ikan pari, ikan bawal masak masam manis dan
sayur kailan goreng yang dimasak oleh ibu Aryan tidak mampu untuk membuat
mereka menunggu lagi. Masing-masing menyuap laju seperti orang kebuluran.
“Tadi papa
balik makan tengahari. Mama makan sekali dengan papa.” Aryan menjawab tanpa
mampu mengalihkan tumpuannya daripada lauk pauk di atas meja.
Qairynn
mengangguk sedikit kemudian meneruskan makannya. Tetapi seketika kemudian dia
teringatkan sesuatu. Pandangannya kembali dihalakan kepada Aryan.
“Abang tahu
tak? Tadikan.. Fahim dia cakap pada Rynn sesuatu pasal seseorang. Abang nak
tahu apa dia cakap?” ucap Qairynn. Namun saat itu dia sudah tersenyum semacam
kepada Aryan yang duduk di hadapannya.
“Apa dia?”
tanya Aryan antara berminat dengan tidak sahaja gayanya.
“Fahim cakap
abang ada peminat..” ujar Qairynn cuba memancing minat Aryan. Sambil menggaul
nasi dalam pinggan dia memandang Aryan yang masih bereaksi cakna dengan tidak
sahaja.
“Iya? Siapa
peminat abang tu? Dia?” jawab Aryan selamba.
“Eeii! Ada
pulak Fahim. Dia tu mana ada perasaan!” balas Qairynn lantas ketawa kecil
mengenangkan sahabat sekelasnya itu.
Aryan tergelak
kecil. “Tahu pun Rynn yang Fahim tu takde perasaan. Habis tu kalau bukan dia
siapa lagi? Tak tahu pulak abang yang dia suka gosip-gosip ni semua?” ucap
Aryan usai tawanya. Wajah gadis di hadapannya itu dipandang seketika.
“Wah! Berminat
benar nak tahu?” perli Qairynn sedikit tidak senang melihat Aryan sudah mula
tertarik dengan topik mereka saat ini. Entah-entah apa yang sering diceritakan
orang kepadanya itu memang betul.
“Eh! Bukan ke
tadi Rynn jugak yang beria nak bagitahu abang?” balas Aryan sambil tersenyum
sendiri.
Qairynn
mencebik meluat melihat senyuman Aryan. “Maya suka kat abang..” ujarnya agak
mendatar. Wajah Aryan dipandang kosong. Entah kenapa dia tidak gemar mendengar
cerita itu.
Spontan itu
senyuman Aryan memudar. Tersentak jantungnya mendengar nama yang disebut
Qairynn. Maya suka padanya? Betulkah? Hati Aryan berdebar entah kenapa. Macam
seronok aja dia mendengar gosip itu. Harap-harap bukanlah sekadar gosip kosong.
Dia tunduk menyuap makanan tanpa menjawab apa-apa kepada Qairynn.
Tanpa sedar
kebisuan Aryan dipandang lama oleh Qairynn. Hatinya terus dibaluti rasa tidak
enak. Sukakah Aryan kepada Maya si ratu cantik sekolah mereka itu? Kalau tidak
suka mengapa Aryan tidak menafikan kata-katanya sebentar tadi. Entah-entah
Aryan pun ada hati dengan Maya. Hati Qairynn hanya mampu bermonolog sendiri.
“Abang pun suka
dengan Maya tu ke?” soal Qairynn setelah agak lama mereka membisu di meja itu.
“Ish! Taklah..”
sambut Aryan pantas.
“Yelah tu.
Entah-entah dalam diam memang suka,” ucap Qairynn lantas mencebik sendiri.
“Bukanlah macam
tu..” ucap Aryan lembut.
“Apa yang bukan
macam tunya?” soal Qairynn sambil mengerut kening kepada Aryan yang berjeda
pula. Berangan ke apa ni? fikir Qairynn sambil terus merenung tampang Aryan.
“Abang dengan
dia jarang bercakap selama ini. Abang pun tak pernah terfikir nak ke situ buat
masa ni dengan sesiapa, Rynn. Ini bukan masanya,” jelas Aryan ringkas sahaja.
Namun hakikat yang tersimpan di dalam hatinya hanya Allah yang tahu dan biarlah
Allah sahaja yang tahu untuk seketika ini. Dia tidak mahu kelak timbul masalah
jika rahsia itu terbongkar.
Qairynn segera
mengangguk tanda berpuasa hati mendengar penjelasan itu. Tanpa kata lagi dia
meneruskan suapan yang tergendala.
“Tapi mana
Fahim tahu pasal ni semua?” kali ini Aryan pula yang menyoal Qairynn.
“Ada orang
bagitahu dia,” jawab Qairynn jujur.
“Siapa?”
“Manalah Rynn
tahu! Banyak tanya pulak,” getus Qairynn semakin tidak senang. Panas hatinya
entah kenapa.
“Aik? Tanya
sikit pun marah ke? Siapa suruh bukak cerita?” Aryan tersengih kepada Qairynn
di hadapannya.
“Orang nak
makan pun tak senanglah!”
“Dahlah! Cepat
makan. Kita buat homework lepas ni.” Serentak itu lelaki itu terus
bangun untuk membawa pinggannya ke dapur.
Tinggal Qairyn
sendirian di meja itu menghabiskan nasinya. Melihat Aryan sudah beransur pergi
dari meja itu Qairyn segera menyuap nasinya agak lahap. Selesai nasi di dalam
pinggannya, dia juga terus bangkit untuk ke dapur. Di dapur dia melihat Aminah,
pembantu rumah Indonesia yang berusia 30 tahun sedang mengemas dapur.
“Mbak, nak basuh
pinggan ni,” ucap Qairynn lembut.
“Enggak
usah. Bairin mbak aja..” ucap wanita itu lembut
kepada Qairynn.
Menyedari
wanita itu sedang berada di sinki Qairynn akur dengan pemintaan wanita itu.
“Terima kasih, mbak..” ucap Qairynn sambil tersenyum.
Selepas meneguk
air dan mengemas meja sedikit sebanyak Qairynn terus naik ke tingkat atas
bersama dengan buku-bukunya. Di pertengahan tangga dia bertembung dengan Datin
Rahimah yang sedang melangkah untuk turun ke bawah.
“Mama..” sapa
Qairynn mesra.
“Ya, sayang.
Rynn dah makan ke?”
“Dah selamat
pun dua pinggan. Mama punya asam pedas memang superb..” ucap Qairynn
sambil tersenyum.
“Mama dah
selalu dengar tu, Rynn.” ucap Datin Rahimah lantas tersenyum. Pujian seperti
itu sudah acap kali diterimanya. Dia tahu Qairynn memujinya bukanlah bermakna
uminya tidak tahu memasak makanan yang sedap-sedap. Sebaliknya emak Qairynn
juara memasak resepi ala-ala Arab kerana wanita itu berdarah Arab. Sementara
dia pula Melayu asli sudah tentulah lebih pakar memasak lauk ala-ala
kemelayuan.
“Ma, Rynn nak
buat homework ni. Naik dulu ya?”
“Banyak ke
kerja rumah cikgu bagi hari ni?”
“Banyak
jugak..”
“Yalah.
Elok-elok duduk dengan abang Aryan tu. Jangan bergaduh pulak!” pesan Datin
Rahimah lembut sebelum mengusap rambut Qairynn penuh kelembutan. Walaupun dia
tahu Qairyn dan Aryan akrab semenjak dari sekolah rendah namun kadang-kala dua
remaja itu sering bertengkar apabila sudah terlalu kerap mengusik dan diusik.
“See you, ma!”
Tanpa menunggu
lagi Qairynn terus naik ke tingkat atas. Selalunya dia akan membuat kerja
sekolah di bilik bacaan bersama dengan Aryan. Setiba di bilik itu Aryan sudah
berada di situ bersama dengan beg sekolahnya. Aryan mengerling Qairynn sekilas
sebelum memandang semula bukunya.
Dua jam itu
mereka berdua ralik menyudah kerja sekolah masing-masing. Tidak banyak
perbualan dan senda mereka berdua. Tuntutan sebagai pelajar yang bakal
menghadapi peperiksaan besar hujung tahun ini lebih utama bagi mereka berdua.
Tetapi seketika kemudian Aryan mula mengeliat. Akibat tidak banyak bergerak
bahunya mula terasa keras.
“Sakitlah bahu
abang, sayang.” Aryan berkata sambil memandang Qairynn yang masih ralik dengan
tugasnya. Bahunya ditepuk-tepuk lembut.
Faham makna
bicara Aryan gadis itu mengerling sekilas lelaki itu. “Bahu Rynn ni pun sakit
jugak,” jawab Qairynn sengaja meleretkan nadanya. Dia tahu Hadi mahu dia
mengurut bahu lelaki itu.
Spontan Aryan
ketawa perlahan. Semenjak tadi mereka serius tiba-tiba sifat nakalnya timbul
apabila memandang Qairynn yang begitu khusyuk. Pen di tangan Qairynn diambilnya
pantas. Tersentak gadis 17 tahun apabila pen itu tiba-tiba lesap dari
genggamannya. Panas hatinya dengan perbuatan lelaki itu.
“Abang,
janganlah!” degusnya geram. Pena itu cuba diambil semula namun Aryan sengaja
mengelak.
“Sayang abang
dulu baru abang bagi,” usik Aryan sambil menunjukkan pipinya kepada gadis itu.
“Tak nak! Bak
pen tu semula! Homework Ryn banyak lagi ni, abang! Janganlah kacau!”
bentak Qairynn mula tidak senang dengan usikan Aryan yang tidak kena tempat.
Dia sudah tiada masa untuk bermain-main.
“Okaylah!
Kesian adik abang ni..” Aryan segera mengalah saat melihat wajah Qairynn sudah
lain macam. Lagipun dia tidak sampai hati mahu mengacau dalam keadaan gadis itu
sedang kejar masa. Sekejap lagi Qairynn mesti akan dipanggil balik oleh
neneknya.
Qairynn sempat
menjeling saat pen itu bertukar tangan. Tiada senyuman menghiasi bibirnya
biarpun Aryan sedang tersenyum kepadanya. Dia benar-benar tiada mood untuk
melayan usikan Aryan.
“Adik abang ni
kalau masam macam ni memang cantik,” usik Aryan lembut. Pipi gadis itu
dicuitnya lembut.
“Jangan nak
poyo, okay!” getus Qairynn tanpa memandang.
“Poyo tu apa?”
“Poyo tu
maksudnya jangan nak mengada-ada!”
“Oh.. poyo tu
maksudnya mengada-ada..” Aryan kembali menyebut apa yang diungkapkan Qairynn
itu. Buat seketika dia sekadar memandang jemari runcing Qairynn yang laju
menulis di atas bukunya. Kemudian berpindah pula ke wajah gadis itu yang
sedikit menunduk. Bulu mata hitam yang lentik itu benar-benar menarik
dilihatnya. Tambahan pula bola mata coklat terang milik gadis itu dilitupi
dengan kelopak mata yang sedikit redup. Wajah Melayu-Arab milik Qairynn
sebenarnya memang unik. Tetapi dia tidak tahu kenapa gadis ini suka benar
berambut pendek.
“Abang
sebenarnya teringin nak tengok Rynn berambut panjang,” ucap Aryan tiba-tiba.
Tangannya spontan menyentuh rambut yang terjuntai di dahi Qairynn. Wajah
seseorang yang diminati dalam diam mula melintas. Dia memang sukakan gadis
berambut panjang. Seperti Maya sebagai salah satu contohnya..
“Tapi
sesetengah perempuan bila dia berambut pendek, dia nampak seksi..” sambung
Aryan sambil merenung gadis di hadapannya itu.
Qairynn
terdiam. Namun dia terus mengangkat pandangan kepada Aryan di hadapannya.
Perlakuan Aryan tiba-tiba membuatkan hatinya merasa tidak enak. Nada lelaki itu
juga agak aneh. Senyum Aryan mula memberikan dia satu rasa yang dia sendiri
tidak tahu. Renungan lelaki itu mula membuatkan dia hilang fokus tiba-tiba. Apa
kena dengan Aryan? Entah..
Qairynn tunduk
tidak melayan perbuatan lelaki itu walaupun dalam diam hatinya terusik. Kenapa
pulak dengan aku ni? Tiba-tiba ditimpa perasaan pulak! Dah gila agaknya!
Degusnya sambil menggeleng sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
berilah komen yg mampu membina saya supaya menjadi lebih baik dari semalam.